hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Tuesday, 11 September 2012

ikhlaskan hatimu


IKHLAS mmg sgt mudah utk diucapkan tapi sgt sukar utk dilalui. kerana itu, ia memerlukan satu proses yg panjang sehingga dpt membimbing kita pd sebuah keikhlasan. ketika cinta terhalang dgn restu org tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan org yg disygi bkawen dgn org lain. ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yg tidak akan wujud, maka adlah tidak mudah utk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sgt sukar utk kita menerimanya. hari demi hari dilalui dgn airmata dan kesedihan. di kesunyian dan keheningan malam, kte menangis di hadapanNya bukan utk menyesali apa yg tjadi, tetapi menyesal knp kte belum dpt menjadi hambaNya yg iklas menerima kenyataan ini.

Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yg pahit. apa-apa pun yg terjadi itulah yg terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.


kita hanya berusaha utk redha dgn semua ketentuan yg telah digariskan oleh ALLAH S.W.T. menerima apa-apa pun yg terjadi bukan beerti tidak berusaha utk meraih sesuatu yg lebih baik, tetapi berusaha utk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNya. ini akan menenangkan hati yg gelisah. kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insya-Allah ia akn membimbing kita utk mjadi seseorg yg kuat, sabar dan ikhlas dlm mjalani hidup. ketika kita ikhlas dan bersyukur dgn semua yg diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yg luar biasa pd hati kita. sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan Dia akan memberikan jalan yang terbaik. yakinlah bahawa semuanya yg dtg dri Nya , itu lebih baik..

selalulah berprasangka baik kpdNya dan bersyukur Allah masih memberi ujian kpd kita. itu beerti kita termasuk dari kalangan org org yg masih diperhatikan olehNya. Allah selalu memberikan sesuatu yg kita perluakn bukan sesuatu yg kita inginkan. oleh itu, DIA lebih tahu mana yg terbaik buat hambaNya.

IKHLAS , sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan . tidak mudah tetapi sgt sukar. tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba utk mjalaninya dlm kehidupan kita.


p/s : terima kasih Ya Allah untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yg sudah Engkau berikan kepada kami. berikan petunjuk dan bimbinganMu kpd kami seperti yg telah Engkau berikan kpd hamba hambaMu yg Engaku sayangi.



Monday, 10 September 2012

pasrah menerima

betapa berat bibir melafazkan.. berat lagi hati yang menanggung kepedihan. begitu sukarnya untuk aku membuat keputusan itu.. aku terima dirinya satu ketika dulu seikhlas hati.. dan hari ini aku lepaskan dirinya juga dengan ikhlas. tidak ada apa yang lebih penting selain kejayaan, kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan dirinya.. aku tidak mahu jadi fitnah dunia untuk dirinya. aku tidak mahu jadi penghalang kebahagiaan hidupnya. aku juga tidak mahu jadi bebanan untuk fikirannya. sekian lama aku tidak merasa begini.. airmata mengalir seperti air sungai yang mengalir laju tanpa ada halangan.. aku harapkan semoga airmata ini menjadi sumber kekuatan untuk aku meneruskan perjalanan dan berjuang dalam mencari keredhaan.. aku tidak ingin airmata ini hanya menjadi penyebab mengundangnya rasa kepedihan, kepiluan, kekecewaan dan kedukaan walaupun pada hakikatnya itulah yang aku rasa.

kenapa dan mengapa semua ini terjadi..ianya berlaku dalam sekelip mata.. terjadinya tidak ku duga. datang dan muncul dalam diriku tapi hanya sementara. namun aku harus akur pada ketentuan illahi. aku percaya pasti ada hikmah si sebalik pertemuaan dan perpisahan ini. there are happen for a reason NHM..

Ya Allah Ya Rahman.. jadikanlah airmata yang mengalir di pipiku sebagai sumber kekuatan untuk aku teruskan kehidupan ini. Kau tabahkanlah hatinya. kukuhkanlah keimanannya. Kau tingkatkanlah ketaqwaanya. Kau rahmatilah dirinya serta redhailah kehidupannya. Kurniakanlah kepadanya kejayaan dan kesihatan yang baik dalam kehidupan. Kurniakanlah kegembiraan dan kebahagiaan yang berpanjangan kepada dirinya.

sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepdanya. Hal yang lebih menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat beerti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirmya menjadi tidak beerti dan kamu harus membiarkannya pergi. Cinta sejati adalah ketika die mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata.. aku turut bahagia untukmu.kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas.

untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia pada hari esoknya.

CINTA, istilah yang amat popular. ia mudah dilafazkan, dikatakan tetapi sukar dimengertikan. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. CINTA boleh menjadi istilah yang paling disukai atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta.

namun, andai kata kita sudah berusaha bersunguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah wahai nurhaslin ! itulah namanya kehidupan. Dilukai dan melukai.Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Bercinta mmg mudah. untuk, dicintai juga memang mudah. tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. memiliki org yang kita cintai juga mmg sukar.


p/s : kita merancang. Allah juga merancang. tapi sebaik baik perancang ialah Allah S.W.T.. pasti ada hikmah Allah S.W.T menemukan kita. walaupun untuk sekejap, aku belajar banyak darimu. gelak ketawa, bersukaria,bergurau senda.

Sunday, 9 September 2012

erti sahabat sejati



Mempunyai satu sahabat sejati lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur kerana dikhianati sahabatnya.
Semestinya, bila bersahabat dengan manusia, maka akan muncul lah kelemahan demi kelemahannya sebagai seorang manusia. Tahap keimanan manusia adalah turun dan naik. Maka begitu jugalah sahabat kita. Turun dan naik.
Ada masanya dia manis dengan kita. Dan semestinya ada masa dia akan pahit dengan kita. Ada masanya dia baik dengan kita, ada masanya dia mungkin akan kurang melayani kita. Begitulah pasang surutnya.
Kerana itu, mengharap kepada sahabat hakikatnya bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan. Tetapi kitalah yang perlu menjadi harapan sahabat kita. Melengkapinya. Memenuhinya. Menjadi yang terbaik buatnya.
Sekiranya kita tidak mempersiapkan diri untuk menerima kelemahan sahabat kita, untuk membantu melengkapkan kekurangannya, sampai bila pun kita tidak akan mampu menjumpai ukhuwwah yang manis, yang mampu membawa kita ke syurgaNya.



bermulanya di sini ...


kami berjumpa..berkenalan sesama sendiri. menyesuaikan diri bersama.berkongsi suka duka.ibarat satu family yang besar





kalian semua adalah sahabat yang paling best =)



rindu sahabat handai saya =(


Disini..
Sepiku mengingatkanku kembali pada 1 kenangan.
Tentang indahnya kebersamaan,
Tentang sedihnya 
perpisahan.
Sahabatku sekalian
Tak terasa kini kita telah jauh..!
Rasanya baru kelmarin kita bergelak ketawa, bergurau senda..
Tapi kini??
sunyi sepi..memendam rindu 
Ku rindu dengan senyumanmu, gelak tawa, bergurau senda, wahai sahabatku sekalian
Seindah kebersamaan kita..

aku merindukanmu sahabat..
aku ingin melihat sinarmu..
tawamu dalam gundahku..
ceriamu dalam tangisku..
dan tegarmu dalam kekalutanku..
sahabat..
kamu hebat..
aku rindu kamu..
menjadi penerang seluruh kehidupanku..


kpm bandar melaka bermulanya detik keakraban kita semua. pelbagai rintangan halangan kita tempuh bersama. suka duka, sedih, tension, masalah yang melanda, gelak bersama, murung bersama.
terasa begitu singkat masa..
terasa begitu sekejap..
akhirnya kita semua hampir ke penghujungnya

im gonna miss you all


we're islamic banking and finance & entrepreneurship students batch Jan - Jun 2010





Thursday, 16 August 2012

penantian 3 bulan sudah berakhir =)


28 Mei 2012  -   17 Ogos 2012

penantian selama tiga bulan untuk menghabiskan tempoh berpraktikal di PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN bakal berakhir pada hari ini 17 Ogos 2012 bersamaan 28 Ramadhan  tepat jam 5.00 petang. 

insya-Allah bulan oktober 2012 lynn akan bergelar seorang graduan Diploma Islamic Banking and Finance .

macam macam pengalaman yang lynn dapat sepanjang praktikal dkt PAID KTN. kakak kakak abang abang ustaz ustazah semua baik. syukur alhamdulillah lynn ditempatkan di kalangan orang yang baik. yang tak penah sombong walaupon pangkat mereka lagi tinggi dari lynn. sudi berkongsi ilmu dengan lynn. ilmu dan pengalaman yang tak mungkin dapat di luar sana. walaupon pada awalnya agak takut dan risau untuk menjalankan praktikal di sini disebabkan tempat yang agak tidak related dengan course banking and finance. tapi sekarang alhamdulillah. walaupon tak related dengan study, tapi sekurang kurangnya lynn dapat mempelajari ilmu baru dalam hidup lynn.pengalaman dan suasana baru.

selepas nie lynn mesti rindu dengan suasana di pejabat. dengan staff yang baik dengan lynn. =( banyak kenangan manis dan pahit yang lynn dapat sepanjang tiga bulan disini.  kenangan sepanjang praktikal di PAID KTN akan lynn ingat sampai bila bila. 

specially to :

  • KAK INA & MAMA : orang yang mula mula lynn kenal dan rapat di pejabat nie. Mereka lah org yg paling banyak mengajar lynn tentang kerja kerja pentadbiran. tentang proses proses undang undang keluarga . cerai khawin ruju' ilmu yang penting dalam kehidupan . lynn yang bakal berumah tangga suatu hari nanti . Insya-Allah

  • UST HAFIDZ & UST HAFIZUDDIN : mereka nie lynn dah anggap sebagai abang lynn sendri. sangat baik dan tahan dengan kerenah lynn . yang paling banyak menolong lynn dalam bidang penguatkuasaan. seronok dapat pergi operasi . tengok mcm mcm ragam manusia.

  • KAK JAA : kakak nie bahagian kewangan . Walaupon lynn jarang tlg die buat kerja bahagian kewangan . tapi sikit sikit tu pernah lah tlg =) nie mungkin agak related dengan ape yang lynn study. sedikit sebanyak dapat membantu report lynn. nampak la sikit ade kerja yang related dengan belajar.

  • UST AIZAT : ust nie penah bawak lynn pergi operasi halal . memang pertama kali lynn pegi operasi mcm nie. banyak pengalaman lynn dapat.

  • KAK MAS, KAK FADZ, UST FAIZAL, UST BAI,UST RASHDAN, KAK WAN AIDA, KAK ROHA, CIK MAT, CIK LI, EN NAZRI, KAK ADNI, UST SURJA dan staff yang lain2.. semuanya SPORTING . BEST . =)

  • kepada seseorang : lynn mintak maaf kalau dekat mata #$%%^&@#$ lynn belum cukup bagus untuk praktikal di sini. belum cukup banyak kerja yang lynn buat. yang buat &^*$)*$^& kecewa dengan prestasi lynn. lynn sudah cuba yang terbaik. dan lynn mintak maaf jika lynn belum berjaya puaskan hati @#$%%%^.

p/s : lynn akan merindui kalian semua. lynn tak akan pernah lupe kenangan lynn sepanjang di PAID KTN.
         korang semua memang best =)

* gambar akan diuploadkan kemudian =)



Friday, 3 August 2012

ya allah .. kuatkan hati hamba mu ini =(

Berulang kali.. Hmmmm.. Tak pasti apa perasaan kali ini.. YA ALLAH setiap kali aku diuji.. padamu aku bermohon agar hati ini tetap teguh dan tabah menghadapi semuanya.. Agar segalanya dipermudahkan oleh MU YA ALLAH S.W.T.. Semoga hati ini kembali tenang dan sentiasa waras dalam membuat apa jua keputusan.. Pada MU aku bermohon ketenangan hati.. YA ALLAH.. Lenyapkanlah dukacita ku, hilangkan kesedihan ku dan halaukanlah keresahan dari jiwa ku.. Hanya ENGKAU yang MAHA mengetahui segalanya.. 

Ya Allah hamba Mu tahu apa pun daripadaMu adalah yang terbaik buat ku..
Ya Allah hamba Mu ini tahu banyak dosa yang telah dibuat namun Kau masih kasih pada ku..
Ya Allah sabarkan hati ini menerima ujian dari Mu..
Ya Allah kuatkan hati ini dengan segala cemuhan hamba Mu yang lain.. Ya Allah bersih kan hati dan jiwa ini dari prasangka buruk,dengki dan cemburu dengan orang lain..
Ya Allah yakin hati ini dengan setiap apa yang telah Engkau berikan pada diri ini adalah yang terbaik untuk ku..




"Jgnlah kamu bersikap lemah, dan jgnlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah org2 yg paling tinggi darjatnya, jika kamu org2 yg beriman." - Surah Al-Imran ayat 139


Monday, 30 July 2012

tawar hati =(

buat ape bcinte kalau rase nak mengongkong .
buat ape bcinte kalau rase tak boleh bahagikan masa.
buat ape bcinte kalau tipu sana sini.
buat ape bcinte kalau tak boleh paham pasangan.
buat ape bcinte kalau tak boleh bersabar.
buat ape bcinte kalau rase benda lain lagi penting .
buat ape bcinte kalau rase belum bsedia.
buat ape bcinte kalau diamkan diri seribu bahasa.
buat ape bcinte kalau rase tak nak bcinte.
buat ape bcinte kalau selalu nak saketkan hati.
buat ape bcinte kalau tak boleh nak hargai pasangan.
buat ape bcinta kalau tak jujur