hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Saturday, 22 September 2012

saya sayang awak

jam di dinding menunjukkan pukul dua empat puluh minit pagi. di saat ini saya nurhaslin binti mukhtar ingin membuat pengumuman bahawanya saya tidak boleh melelapkan mata untuk tidur. dan saya mengambil keputusan untuk membuka laptop dan menaip di blog nie walaupon hakikatnya tersangatlah malas nak on lappy nie. tapi kebosanan yg terlampau telah membuatkan hati saya membuak buak memberontak untuk membuat satu kerja yang boleh mendatangkan faedah.

untuk entry kali nie. saya nak ceritakan pasal adik saya. adik gajah sayang saya. saya sayang dia ketat ketat. walaupon dulu kami satu kolej. tapi kami hanya berkawan di saat saya di semester 5 dan beliau semester 4. pertemuan kami telah diaturkan secara tidak langsung oleh kawan saya sendiri iaitu NURAISYAH BT ABDUL RAHMAN. hahahahaha..ape ayat la kau buat nie lynn.. merepek di pagi hari.

adik gajah saya bernama NUR IZZATI ......... BT JOHARI.. tiba tiba lupe nama penuh dia. hahahaha.. sorry adik gajah. nanti kaklyn belanja choki choki. nama panggilan die adalah jojo.walaupon sekejap je kenal jojo nie. tapi saya tahu die baik. dia selalu pasrah kena buli ngan saya. jahat kan saya. hehehe.. jojo baik. jojo sangat sangat baik. thanks for everything my sweety. teman kaklyn pegi zoo. pegi jalan jalan .. dengar masalah kaklyn. kena dengar kaklyn merepek repek.. tahan kena kacau ngan kaklyn. selalu kena perli kena buli. tak sengaja. dengar kaklyn jerit jerit nampak lipas. dengar kaklyn bercerita yang takpenting. teman pegi minum coconutshake. tangkap gambar kat pantai eye on. jadi tukang ambik gambar kaklyn sebelum nak tidur... dah tu.. sape suh ckp. kecantikan semulajadi. kan kaklyn dah start perasan. huhuhuhuhuhu.. 

kaklyn sayang jojo tahu. kaklyn dah anggap jojo macam adik sendiri. kaklyn kan takde adik. kaklyn tahu sekarang jojo tgh tension dgn ehemm ehemm.. sabar yew sayangku.. masa itu akan berahkir tidak lama lagi.. just focus in ur study my sweety. kaklyn doakan jojo success in ur life syg. menghadap semester 5 memang susah . tambah kena melayan kerenah seseorg.. kaklyn tahu ape jojo rase sekarang . kalau kaklyn ada kat melaka sekarang . dah lama kaklyn teman jojo. jadi pedengar yang setia untuk jojo. happykan jojo. buat danboard sama sama. gelak sama sama. 






nielah adik gajah saya. jaga jam gajah kaklyn bagi tu elok elok tau. kaklyn dah ada jam gajah baru. =)




naluri hati seorang wanita


1. Sensitif 

 Bukan bermaksud suka merajuk, tapi hanya ingin
bermanja dan mendapatkan perhatian.


2. Cerewet 

Bukan bermaksud FUSSY tak tentu hala, kadang ingin
LELAKI mengikut kata-katanya sekali sekala.


3. Halus 

 Ibarat sehelai sutera, cantik, mulus, lembut dan mudah
tercarik dan koyak. Walaupun seorang wanita memaafkan seseorang yang
lain atas sebab sesalahan, biasanya WANITA akan ingat kesalahan
tersebut untuk disimpan jadi pengajaran. Bukan DENDAM.


4. Ikhlas 

Ikhlas seorang wanita tak perlu diragui.


5. Korban 

 WANITA sanggup berkorban apa saja untuk seseorang yang
amat disayangi, termasuk ibu bapa, anak-anak dan suami. WANITA amat
tabah.


6. Prihatin 

Sentiasa memerhatikan keadaan sekeliling dalam diam.


7. Manja 

 Walaupun dia adalah seorang WANITA yang pandai berdikari,
naluri seorang WANITA masih lagi tetap seorang WANITA. Suka bermanja
bukan hanya kepada insan yang bernama LELAKI , namun juga sesama
kaum.


8. Ego 

 WANITA yang terlalu sayangkan kekasihnya sanggup menolak
ketepi EGOnya apabila bersemuka dengan yang dicintai.


9. Cinta 

 CINTA pertama bagi wanita adalah yang paling dalam dan
tulus.


10. Seks 

 SEKS bukanlah segala-galanya buat WANITA kerana WANITA
diciptakan dengan 9 nafsu dan satu akal. NAFSU yang banyak dan tidak
tertumpu kepada satu saja. LELAKI pula dijadikan dengan 9 akal dan
satu nafsu. Fungsi lelaki adalah membimbing WANITA dan bukan
menghanyutkannya.


Peranan LELAKI dalam kehidupan WANITA adalah sebagai pelindung
dan bukan sebagai pemusnah.
WANITA diciptakan oleh ALLAH swt dari tulang rusuk kiri dan untuk
dipeluk dan dimanja, bukan untuk dikasari.


Maka lelaki haruslah memahami HATI dan PERASAAN WANITA


p/s : Apabila Kita REDHA Pada Sesuatu Yang Mengecewakan HATI Kita, Maka Percayalah ALLAH Akan Menggantikan Kekecewaan Itu Dengan Sesuatu Yang Tidak Di Sangka :')


Thursday, 20 September 2012

pengorbanan =)



Pengorbanan selalunya memerlukan kte melepaskan apa yg kte suke. itulah yg dikatakan berkorban memberi sesuatu yg kte sygi demi kepentingan atau kebahagiaan org lain yg hakikatnya lebih memerlukan drpd kte. tidak dinafikan ada juga yg takut melakukan pengorbanan kerana takot apa yg menanti di depan tidak seperti yg diharapkan. satu perlu kte ingat, niat yg suci dgn kesungguhan tidak bebelah bagi, selalunya hasilnya tidak akan menghampakan. tetapi jika apa yg kte hajatkan tidak kesampaian, berfikir secara positif dan hati yg terbuka, bahawa perkara yg kte inginkan itu sebenarnya bukan yg terbaik utk kte. justeru percayalah, pengorbanan selalunya akan menghasilkan perkara yg lebih baik yg kte tak pernah sangka tak pernah terduga. oleh itu, jgn takot hilang sesuatu yg kte suka khususnya demi mencapai keredhaan Allah kerana hasilnya insya-Allah berbaloi baloi. mungkin ada yg hatinya masih bebelah bagi utk melakukan pengoranan tidak kira dlm apa jua perkara. mungkin pada pandangan mata kte akan rasa rugi tetapi manfaat jiwa serta rohani, hanya kte saja yg akan merasainya..tapi percayalah setiap dri kte mempunyai bahagian masing masing yg telah Allah tetapkan utk setiap hambaNya. cuma masa yg menetapkan ia lambat mahupon cepat.


Untuk itu, saat aku bermuram durja, saat aku berduka dalam memikirkan impian aku yang tidak terlaksana, aku selalu menganggap, Tuhan mahu memberikan yang terbaik kepada aku pabila aku tidak dapat memiliki sesuatu yang aku inginkan itu.

p/s : kadang-kadang kita tak sedar, saat kita melepaskan / redha dengan keadaan tidak memiliki sesuatu atau seseorang, kemudiannya Tuhan berikan pula kepada kita sesuatu / seseorang yang jauh lebih baik daripada apa yang kita idamkan sebelum ini. Aku perlu sedar, ada orang yang ingin berikan aku yang terbaik. tapi aku perlu bersabar untuk mendapat yang terbaik itu. Ya, kuncinya kejayaan kita pada hari ini adalah terus bersabar. Mari kawan-kawan, terus bersabar dan kuatkan iman kita. Insyaallah, pasti ada jalannya.
 

Tuesday, 18 September 2012

ego VS sorry


Assalamualaikum...

Manusia memiliki kesalahan dalam menjalani kehidupan kerana kita bukannya maksum...Oleh kerana ketidak sempurnaan inilah kita membuat kesalahan dan seharusnya meminta maaf atau dalam keadaan “memaafkan” jika orang lain yang bersalah.meminta maaf dan memaafkan..itu yg terbaik..kesilapan antara manusia hanya akan  terlerai bila saling maaf memaafkan..jika kita bersalah dengan Allah kita boleh berdoa diampunkan kesalahan yg telah kita buat..jika dengan manusia..perlu meminta maaf dengan empunya badan lerrr.. skrg dunia dipandang sbgai dunia yg kejam.walhal sebenarnye bukan dunia yg btindak kejam, tp makhluk di dlm nya yg sudah tidak berhati perut dan semakin memegang prinsip  “hidupmu adalah masalahmu, hidupku adalah masalahku” sering orang berkata “ini hidupku, suka hati aku la nak buat apa..”, “kubur asing-asing” dan sebagainya.

 Meminta maaf bererti merendahkan diri kepada orang lain yang ditinggikan, kerana kita memerlukan sesuatu dari dirinya, dan itu jelas sangat sukar dilakukan oleh manusia tentunya kerana bersifat “ego” . kerana “ego” itulah manusia sukar untuk turun ke bawah dan meminta sesuatu kepada orang lain, terutama meminta maaf kepada orang lain. Padahal cara meminta maaf lebih mudah daripada makan,membuat sesuatu kerja, memikirkan masalah negara..sehingga kepala nak meletoppp !! cara meminta maaf hanya dengan 1 perkataan “sorry” atau dengan dua patah perkataan – “Minta Maaf” tapi kita susah mengatakan 1 perkataan itu, dan penyebab utamanya adalah ego yang menjadi sifat utama manusia, dan sangat sukar untuk mengalahkan ego. Sebab itulah ada pepatah yang menyeebut “musuh terbesar dalam hidupmu adalah dirimu sendiri”

lazimnya bila kte melakukan kesalahan, kte sepatotnye meminta maaf tak kira laa kesalahan tu besar besar besar alam sangat atau sekecil kecil alam kesalahan. tetapi mudah ke org nak mintak maaf ??? kalau org tu yg ego nye setinggi gunung.. jgn haraplah dan jgn bermimpi laaa die akan meminta maaf even tu kesalahan dri dia sendiri.. tp ade jugak manusia yg mempunyai sifat mudah mintak maaf even bukan kesalahan dtg drinye.. sikap itu harus, wajib,mesti dipuji dan tersangatlah harus ade dlm diri kte. tp mudah ke org nak memaafkan kesalahan org lain dan melupakan perkare tu dgn seikhlas hati ? lagi lagi kalau problem tu sgt besar dan kesalahan yg dilakukan tu agak berat. yg akan meninggalkan parut dlm hati seseorg tu...

tapi yg sering berlaku, walaupon mulut kte kata kte dah maafkan org tu, tp kte mesti ingat perkara tu lagi kannn ?? lagi lagi perkare tu betul betul melukakan hati kte, yg memberi kesan yg agak mendalam dlm diri kte.

memaafkan dan melupakan adalah due perkare yg berbeza.. memaafkan semudah ucapan " saya minta maaf " ataupon bahasa lagi mudah senang padat dan ringkas " sorry"
walaupon sudah dimaafkan.. tp bolehkah apa yg dah pon berlaku dilupakan??? mungkin boleh kott ... tp bukan 100%. maybe dlm 50% paling bagus. paling teruk -0.001 %. mulut je ckp " takpe..sy okay. sy dah lupekan. anggp je la hal nie takpernah berlaku"

........ padahal dlm hati ..@#$%!##$

astaghfirullahalazim lynn..
jgn over sgt -.-'
emo terlebih. hahahahaha

dah dah .. serius balik .. jgn byk main NHM..

sikap pemaaf tu mmg sikap terpuji. manusia mana yg begitu sempurna hingga tak berhak dimaafkan. kata kata manusia yg selalu digunakan " sedangkan Nabi maafkan umatnya, inikan pula kita sesama manusia"

.... erm.. setiap org ade kisah tersendiri yg mungkin tak sama tahap penerimaanya dgn org lain .. kdng kdng bila kte maafkan org, terasa lepas beban yg begitu berat. terasa mcm segala kayu kayu balak kat bahu nie.. dah hilang. ringan je bahu =)  urusan dgn manusia nie kdng kdng merumitkan membingungkan, dosa dgn manusia ini membebankan memeningkan.. apatah lagi dosa denganNya.. 

..................................
wallahualam..

Ramai orang (termasuk diri sendiri) berkata, "I'll forgive but i'll never forget".
Oleh yang demikian, mari kita, sama-sama belajar utk memaafkan dan melupakan.
 we are not perfect after all.


KADANGKALA DIAM ITU adalah jalan yang terbaik untuk menenangkan hati dan fikiran..
supaya tidak terlepas kata yang akhirnya hanya akan merugikan diri sendiri dan orang lain..
Betul x ? jika ingin bahagia, jgn bandingkan diri dengan org lain.... makna kebahagiaan bg setiap org adalah berbeza... ada yg senyum untuk melindung duka... ada yang pura-pura berduka untuk sembunyi rahsia kebahagiaannya


kata-kata yang sangat terkesan di hati saya
ya..saya bukan manusia sempurna.
 hati saya ini belum cukup keras dan kuat
moga Allah permudahkan segalanya

.....

Amin..










Sunday, 16 September 2012

happiness =)

“People are often unreasonable and self-centered. Forgive them anyway.
If you are kind, people may accuse you of ulterior motives. Be kind anyway. 
If you are honest, people may cheat you. Be honest anyway.
If you find happiness, people may be jealous. Be happy anyway.
The good you do today may be forgotten tomorrow. Do good anyway.
Give the world the best you have and it may never be enough. Give your best anyway. 
For you see, in the end, it is between you and God. It was never between you and them anyway.” 



Each morning when I open my eyes I say to myself.. I not events have the power to make me happy or unhappy today. I can choose which it shall be.


 Yesterday is dead

 tomorrow hasn't arrived yet

 I have just one day, today, and I'm going to be happy in it.








“If you want to live a happy life, tie it to a goal, not to people or things.


The best feeling in the world is realizing that you're perfectly happy without the thing you thought you needed







Being happy doesn't mean you're perfect. It just means you've decided to look beyond the imperfections...




"Happiness is the meaning and the purpose of life, the whole aim and end of human existence.”

“People love others not for who they are but for how they make them feel.”




“Success is not the key to happiness. Happiness is the key to success. If you love what you are doing, you will be successful.”



p/s : The same girl who laughs and talks a lot and seems very happy is also the girl who may cry herself to sleep...


Friday, 14 September 2012

selamat hari lahir nurhaslin binti mukhtar


Bismillahirahmanirahim..

selamat hari lahir yg ke 21 tahun buat diriku. terasa begitu sekejap masa berlalu. jika dulu nurhaslin seorang budak hingusan yg tidak tahu ape ape tentang dunia dan alam fana ini. sekarang nurhaslin telah pon meningkat dewasa. yg telah byk melalui pelbagai ujian hidup. pengalaman yg bermakna. penuh liku liku kehidupan yang mencabar. yg semakin tabah menjalani kehidupan yg sebenar...


suatu ketika dahulu  ....



kini yg semakin dewasa dan matang  ...


Alhamdulillah.. Ya Allah untuk usia yg telah Engkau berikan. Terima kasih juga utk setiap rezeki yg Engkau kurniakan. terima kasih utk setiap cubaan dan ujian yg telah Engkau turunkan kpdku. terima kasih utk bakat dan ilham yg Engkau anugerahkan. sesungguhnya terlalu byk yg telah Engkau berikan kpdku. dan terlalu sdikit pengabdianku terhadapMu. dalam usia 21 tahun ini aku ingin mjadi lebih dekat padaMu Ya Rahman. dalam usia nie ku inginkan hanyalah ketenangan, kekusyukkan beribadah dan segala kesederhanaan dan kerendahan hati tanpa berhenti menghulur kasih yg sudi.



terima kasih yg tidak terhingga kepada semua yg telah mengucapkan " Happy Birthday " kepada sy. yg telah mendoakan sy berjaya dunia akhirat. dimurahkan rezeki. panjang umur dan sebagainya. terima kasih yg tidak terhingga kepada yg tidak lupa berikan sy hadiah . =) hanya Allah S.W.T mampu mbalas semua kebaikan anda semua.










p/s : Terima kasih Ya Allah atas segala takdir yg telah Engkau tentukan untukku. Engkaulah Ya Maha Besar.

Thursday, 13 September 2012

diriku yang teristimewa dirinya yang sempurna


Tiada manusia yang sempurna dalam dunia ni. Setiap manusia ada lebihnya, ada kurangnya. Pasangan adalah saling melengkapi sesama sendiri. Kalau si lelaki lebih kat sini, si perempuan ni lebih kat situ. Kita takkan dapat orang yang sempurna yang takde kekurangan, sebab kita pun tak sempurna, kita pun banyak kekurangan.Mengapa mengharapkan sesuatu yang sempurna andai diri kita pun tak sempurna. Mengapa mendambakan orang yang tak pernah buat salah andai diri kita sendiri pun selalu buat salah. Tiada manusia yang suci dari dosa.
Terimalah kekurangan seseorang itu seadanya. Sekalipun kita tinggalkan orang itu kerana kekurangannya, belum tentu kita akan dapat orang lain yang tiada kekurangan. Terimalah orang yang terima kita seadanya.

Bila kita betul-betul ikhlas sayangkan seseorang, kita mesti dapat terima baik buruk dia seadanya. Bila orang tu dah betul-betul ada dalam hati kita, kita mesti rasa orang tu dah sempurna pada pandangan kita. Maksudnya, cukup sempurna pada hati kita, apa yang kita nak.

Tiada yang sempurna dalam dunia ni. Jangan cari yang sempurna, tapi terimalah yang tak sempurna itu dan didiklah ianya biar menjadi sempurna…
"No one is perfect" their 'only can be the best'. Usahlah mengharapkan yang sempurna sebaliknya jadi yang terbaik untuk peroleh yang lebih baik

Wanita sgt berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya. Hargailah wanita kerana wanita dicipta untuk dilindungi dan bukan untuk disakiti.
Sebagaimana lelaki ingin dikasihi, begitu juga dengan wanita. Ingin disygi dan dicintai. Biar sekeras mana seorg wanita, tinggi mana ego mereka, mereka tetap akan rebah dlm pelukan seorg lelaki. Hargailah dia. Dan jgn  sesekali sakiti dia kerana wanita  insan lemah yg hanya mahukan cinta dan ksih syg. Wanita bukan seperti bola sepak yg boleh ditendang sesuka hati. Tapi mereka bagaikan bola ragbi yg seharusnya direbut dan dilindungi.

Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu

Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu

Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus mengerti aku

Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku

Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu

Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu



p/s : “Lelaki mengimpikan wanita yang sempurna dan wanita mengimpikan lelaki yang sempurna dan mereka tidak tahu yang Allah telah menciptakan mereka untuk saling menyempurnakan yang lain”.