hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Thursday, 13 December 2012

Khas untukmu

Kadang kadang kte menanti seseorg yg kte rase dialah yg terindah..
Dialah yg akan menjadi teman utk mharungi suka duka kehidupan ini..
Dialah yg terbaik utk kita..
Dan ketika dia tidak boleh kte memiliki, kte pun bsedih dan selalu mnangis..
Kte terus bertanya adakah masih ada org seperti die yg boleh menggantikannya menjadi pnawar gelisahnya jiwa...
Padahal jika kte bersabar Allah akan memberikan yg terbaik utk kte..
Bukan die yg kte nanti.. Tapi ada yg lebih indah.. InsyaAllah ~

Mudah nak cakap kte dh lupakan dia, tapi bila dia tiba tiba muncul depan mata, kte pasti tak boleh nak tipu hati kte yg memang sentiasa ingat dia..

Hey sang arjuna..
Tolong kembalikan tangis tawa kebahagiaan yg kte ukirkan bersama di suatu ketika dahulu..

~saya rindukan saat itu..
Ada kalanya TUHAN menciptakan kebahagiaan secara terpisah..
Aku mencintaimu dan kamu bahagia dengannya.. ( maaf, aku tidaklah terlalu tabah utk itu )
Aku memerlukan masa yg panjang utk melupakanmu.. ( maaf, aku tidaklah terlalu kuat utk itu )


Aku menangis kerana aku rindu..aku bukan merindukan dirimu.. Aku hanya merindukan kenangan kenangan indah masa lalu yg tak mungkin terulang kembali.. Aku sudah sgt penat dgn perasaan ini..

Thursday, 6 December 2012

Rindu kenangan lama

Kolej Professional Mara Bandar Melaka

Rindu serindu rindunya.. Banyak Benda yg dirindui.. Dah dekat 2 bulan convo.. Rindu kawan kawan.. Rindu kenangan manis pahit suka duka bersama mereka.. Sekarang masing masing dah sibuk.. Setiap hari tgk gambar gambar sepanjang study.. Ya Allah sungguh aku rindu mereka.. Walau Dimana mereka berada.. Walau ape pun sedang dilakukan.. Kau lindungilah sahabat sahabatku.. Berilah mereka kejayaan Dunia dan akhirat.. Bahagiakanlah mereka Ya Allah.. InsyaAllah panjang umur ketemu lagi..



Pejabat Agama Islam Daerah Kuantan
..................
Sungguh aku rindu semuanya...
Rindu gelak tawa mereka..
Gurau senda mereka..
Usik mengusik mereka..
Wajah wajah mereka..
Suara mereka..
Ragam mereka..

Alangkah seronoknya jika dpt ku undurkan masa..balik semua ke alam praktikal..balik semua ke alam belajar...

Monday, 26 November 2012

W.A.N.I.T.A

lembut wanita kerana senyumannye
cekal wanita kerana beraninya
patuh wanita kerana kesetiaanya
sabar wanita kerana imannye
kasih wanita kerana belaiannya
lemah wanita kerana airmatanya
ikhlas wanita kerana simpatinya
pendam wanita kerana cemburunya
sayang wanita kerana sifat keibuannya
tanpa wanita lelaki menjadi lemah
kerana wanita jualah lelaki menjadi kalah

Wednesday, 17 October 2012

Terima dengan redha

Sekiranya ini rezeki, aku terima dengan tenang
InsyaAllah
Jika ini dugaan, moga diteguhkan kesabaran dalam diri ini
Bukan semua orang Allah kurniakan dugaan ini utk menghadapinya
Hadapinya dengan tenang
Senyumlah selagi ada masa...

Terkadang Allah hilangkan sesuatu nikmat yg kita sayang
Kerana Allah sedang menggantikan sesuatu yg lebih indah untuk kita

Dont say u hate ur life
Because it can be gone
Be thankful for what u have
Because u never know what will happen next

Friday, 12 October 2012

hari yang dinanti bakal tiba


30 Oktober 2012

tarikh diatas adalah tarikh keramat bagu diriku dan juga teman teman yang lain
pada tarikh ini kami semua akan diraikan dan diberi penganugerahan
akhirnya selepas hampir tiga tahun saya berhempas pulas
saya belajar
saya lalui segala ujian yang melanda
saya pelajari semua ilmu sehabis mungkin

akhirnya saya bakal bergelar seorang graduan Islamic Banking & Finance
segala penantian bakal berakhir
segala perit segala lelah
segala masam manis kenangan yang saya dapat
akhirnya saya berjaya
saya berjaya mengenggam segulung diploma

terima kasih Ya Allah
terima kasih keluargaku
terima kasih semua pensyarahku
terima kasih sahabat sahabatku
terima kasih kepada semua

tanpa kalian
ku tidak yakin dapat pergi sejauh ini
dari merangkak
sehingga berjalan
sehingga terbang
akhirnya ku dapat gapai cita citaku

terima kasih Ya Allah
selama Engkau tidak pernah putus memberiku petunjuk
Engkau memakbulkan doa doa ku

Thursday, 11 October 2012

terasa hati


" perempuan zaman sekarang kan.. mana nak tahu.. takboleh kira "

wahai kamu..

saya tak kisah kalau kamu nak marah saya atau maki saya
saya akui memang saya silap
saya dah pun mintak maaf
saya dah pun merayu rayu
saya dah pun nangis on call.. dan kamu pun dh dengar

agak tersentak
A = " takpayah la awak nak nangis sebab nie. bukan salah awak pon"
saya = saya mintak maaf. benda nie ada kaitan dengan saya. sewajarnya la saya mintak maaf.nangis.
A - perempuan zaman sekarang kan .. mana nak tahu. takboleh kira..

okay fine !
saya agak tersentak. saya tahu saya takpatut tersentak. saya takpatut marah. memang nie pon yg sewajarnya saya dapat. taktahu kenapa.. bila saya dengar ayat tu.. airmata saya automatik mengalir.. sekarang baru saya sedar.. thanks sangatsangat..