1) JODOH DARI SYAITAN
~iaitu lelaki dan perempuan yang berjalan berpegangan tangan dan menuju ke arah kemaksiatan. Apabila si perempuan tadi mengandung, barulah si lelaki tadi menikahi perempuan tersebut.
2) JODOH DARI JIN
~iaitu lelaki yang menyukai seorang perempuan yang tidak menyukai dirinya, lalu dibomohkan dan disihirkan perempuan itu untuk setuju berkahwin dengan lelaki tadi.
3) JODOH DARI ALLAH
~iaitu pandangan 2 pasang mata iaitu lelaki dan perempuan sehingga menusuk ke dalam jiwa. Lalu,lelaki itu pun masuk meminang perempuan tadi. Perempuan tadi menerimanya. Mereka bernikah dan bercinta selepas itu kerana cinta selepas kahwin adalah satu2nya cinta yang diredhai ALLAH. Bercinta sampai ke syurga. Itulah yang digelar "Syurga Cinta" tanpa berlakunya sebarang bentuk kemaksiatan.
carilah jodoh yg memahami , memaafkan dan memotivasikan diri kita..setiap pasangan hendaklah memahami antara satu sama lain dan memaafkan antara satu lain..jika pasangan ada masalah cubelah dgn memberi motivasi dengan memulihkan semangatnya..berilah ia sokongan dan nasihat.
Apa jua jenis cinta, ianya kuasa Allah. Jadikan ia sebagai panduan asas dalam mencari jodoh supaya benar-benar mendapatkan jodoh menurut Islam yang dapat membahagiakan hidup anda kelak. Mencari jodoh berdasarkan Islam InsyaAllah akan membahagiakan hidup kita semua di dunia mahupun akhirat. kita hendaklah sentiasa berdoa agar diberikan dan dikurniakan jodoh yg baik.
disini ada doa yg dapat kita amalkan. mudah2an ditemukan jodoh yg baik.insyallah..=)
p/s : Sesungguhnya yang baik itu datang dari Allah S.W.T dan yang lemah itu datang dari saya.
~ cinta saya adalah untuk orang yang betul2 ikhlas dengan saya. bukan untuk dipersendakan dan dipermainkan ~
No comments:
Post a Comment
budakcumelcakapcakap