Ujian, kau datang tanpa diundang
Namun siapa aku untuk menentang
Ujian itu kekuatan bukan melemahkan
Ujian itu kemanisan bukan kepahitan
Tetapi diri sendiri yang merosakkan
Ujian mendekatkan diri kepada Tuhan
Tetapi ku sering melupakan
Kerana harta dunia menjadi kebanggaan
Hingga ia membinasakan
Ya Allah
Kini ku sedar aku masih diberi kehidupan
Aku masih diberi peluang pengampunan
Atas dosa dosa yang kulakukan
Sesungguhnya padaMu ada kedamaian
Tersimpan 1001 kebahagiaan
Di Syurga Idaman
No comments:
Post a Comment
budakcumelcakapcakap