Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
CINTA Itu Indah tapi tak semua orang boleh mengerti apa itu Cinta, apa itu Kasih dan apa itu Sayang. Kadang-kadang kita sendiri tidak pernah Sedar dan Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita..
*Dia intai kita dalam senyap.
*Dia perhatikan dan “stalker” wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru.
*Dia tengok semua gambar kita dalam album.
*Dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
*Dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.
*Dia dengar setiap masalah kita
*Dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina walaupon hatinya sakit
*Dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.
Sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita, Dia menyepi seketika dan Kita merasa ketiadaannya.. Kita sunyi tanpa dia.. Kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya..
Itulah sebenarnya yang bernama CINTA..!! Kadangkala kita sukar membezakan antara Sayang dan Cinta..Antara KASIH dan SAHABAT..Antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa...Dan ini adalah realitinya.
p/s >>>Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.
Lynn...
ReplyDeleteBenarkah cinta lynn sudah dimiliki...
Cinta yang sebenar dijumpai..
Cinta yang sebenar dinikmati...
Cinta yang sebenar dihargai...
Cinta yang sebenar dijagai...
Cinta yang sebenar dikasihi...
:(
Jika benar...kte akan mencari cinta yang abadi...:)