hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Wednesday, 12 June 2013

Kadang kala..
Lebih baik mendiamkan diri
Dari memberitahu SESIAPA pun
Apa yang anda RASA..
Menyedihkan apabila anda memberitahu
MEREKA hanya MENDENGAR
Tetapi tidak MEMAHAMI

Pohonlah..
Luahkan..
Ceritakan..
Mengadulah..

Pada Yang Maha Esa

Thursday, 6 June 2013

  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

    Saturday, 1 June 2013

    For you MR.R :)

    Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

    CINTA Itu Indah tapi tak semua orang boleh mengerti apa itu Cinta, apa itu Kasih dan apa itu Sayang. Kadang-kadang kita sendiri tidak pernah Sedar dan Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita..  

    *Dia intai kita dalam senyap.
    *Dia perhatikan dan “stalker” wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru.
    *Dia tengok semua gambar kita dalam album.
    *Dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
    *Dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.
    *Dia dengar setiap masalah kita
    *Dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina walaupon hatinya sakit
    *Dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.

    Sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita, Dia menyepi seketika dan Kita merasa ketiadaannya.. Kita sunyi tanpa dia.. Kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya..

    Itulah sebenarnya yang bernama CINTA..!!  Kadangkala  kita sukar membezakan antara Sayang dan Cinta..Antara KASIH dan SAHABAT..Antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa...Dan ini adalah realitinya.

    p/s >>>Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.

    Friday, 31 May 2013

    Cintaku milik orang :)

    Suatu ketika dulu, mungkin kte pernah jatuh hati, memendam perasaan atau suka dkt someone. Anggap dia crush kita bagai. Tiap hari tbayang2 muka dia. Kalau contact dgn dia mesti tsenyum2. Kalau dia diam, kte rse runsing gelisah xsenang duduk. Ada rindu kala tak bertemu. Ada keinginan utk memiliki. Cinta.. Ia hadir tanpa diundang.. Tanpa disedari.. Ia merupakan anugerah dari Illahi. Dan rasa cinta pasti ada pada diri sendiri. Kerana mencintai dan dicintai adalah bagian yg tak terpisahkan. Ibarat kopi dan gula gituu :) cewahhhh. 

    Mencintai dan dicintai dua kata yang saling melengkapi. Mencintai seseorg mjadikan keindahan tsendiri dalam hidup kita. Kadang2 kasih syg yg tkadang terlalu berlebihan membuatkan kita ingin sekali memiliki apa yg kita inginkan. Tapi mcm mana kalau DIA yg dicintai dan kagumi ternyata menjadi milik org?? Hancurlah hati. Retak seribu. Pecah sejuta. Remuk seremuknya.. 

    .......
    "Ya Allah kenapa Engkau tidak mempertemukanku dengannya..

    Seribu bahasa, seribu tanya boleh kte gunakan utk mengadu kepadaNya. Bahkan seribu airmata pun kte keluarkan disetiap sujud, knp Allah tidak mempertemukan dgn org yg kte cinta.

    "Sebabnya...Allah selalu mendengar tiap keluh kesah hambaNya. Bersabarlah wahai hati.. Cinta mmg buat kte bahagia hingga dunia mjadi begitu indah nan mempesona. Tapi cinta juga boleh buat kte nangis dan menderita. Seakan akan kte ingin mengakhiri hidup ini..

    "Ketika cinta membuatmu menangis.."
    Belajarlah ikhlas, melepaskan yg kte cintai menjadi milik org lain. Meski kte menderita dan tak rela..
    Bertanyalah pada diri sendiri..
    Apakah dia yg selama ini kte damba, akan bisa menghapus semua airmata kte..
    Adakah dia yg selama ini kte puja, mampu membalas cinta kte padanya dengan setulus hatinya..
    Adakah dia yg selama ini kte inginkan, kelak akan membahagiakan kte..

    "Ketika cinta membuatmu menangis.."
    Maka tersenyumlah..
    Hapuskan airmatamu..
    Tataplah ke depan..
    Di depan sana ada cinta seseorg yg akan menyambut cintamu setulus hatinya..
    Cinta suci yg akan membahagiakanmu..
    Yang tak pernah terukur oleh jarak dan waktu..

    Jika namamu yg tertulis di Luth Mahfudz utk diriku.. Nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dlm diri kte. Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi mensolehkan diriku.. Wahai seseorg yg telah tertulis di Luth Mahfudzku, imamku, ayah dari ank ankku.. Engkau yg bersama dgn ku di perjalananku nnti. Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu utk menjadi imam dan buah hatiku kelak :)

    Ya Allah..
    Jika itu kehendak-Mu
    Aku pasrah
    Aku redha
    Bila terlalu berharap hati akan hancur dengan sendirinya
    Terlalu sakit bila dilukai
    Ketakutan akan melanda bila ianya bukan kali pertama dilukai


    Tulus ikhlas,
    NHM :)

    "Each person shines his own way"

    "Do you see the moon, how beautiful it is? It will cross the entire firmament, and tomorrow the sun will shine once again. But sunlight is much brighter, and can show the details of the landscape around us..

    .........
    "The moon and the sun are different things, each has its own beauty. You cannot compare the two of it. We are two different people, each fighting in his own way for that, which he believes and making it possible to make the world a better place, the rest are mere appearances.

    Friday, 12 April 2013

    Penilaian dari mata adalah subjektif

    "Sangat nyaman memiliki seseorang yang mengenalmu luar dalam, menghargaimu, memahamimu dan melalui hal yang sama denganmu"..Ketika masalah datang menghampiri, itu ertinya Tuhan menyayangi, bukan membenci. Tuhan hanya menguji keimanan dan kesabaran.Kadang, kerana tak ingin menyakiti perasaan seseorang, kamu penuhi apa yg dia inginkan. Dan tanpa kamu sedari, dirimulah yg akhirnya terluka..

    Apapun yang terjadi, bersyukurlah, kerana apapun yang buatmu tersenyum membuatmu kuat, apapun yang buatmu menangis membuatmu lebih kuat.Rasa sakit membuatmu lebih kuat. Rasa takut membuatmu lebih berani. Patah hati membuatmu lebih bijaksana.

    Kebahagiaan bukanlah disaat kita memiliki kesempurnaan, namun ketika kita dapat menerima ketidaksempurnaan dengan tulus dan ikhlas.

    Saya akui silap saya. Saya memang taksengaja. Secara spontan sy telah melakukan kesilapan. Tanpa niat. Dan dengan kebodohan saya, saya yang menanggung semuanya. Mungkin pada pandangan awk, mungkin awk akan menyesal dengan saya. Menyesal dengan perangai saya. Hampa kecewa. Sy akui memang sy bukan org yg baik. Sy byk kelemahan. Sy byk buat silap. Sy bukan maksum. Sy cuba baiki diri saya. Dari penilaian mata yg sgt subjektif, saya telah diCOP perempuan yang kurang ajar. Saya terima semuanya. Saya tak dapat puaskan hati semua org. Org lain yg menilai diri kita. Bukan diri sendiri. Saya mohon awk maafkan saya. Mungkin awk nilai sy dengan mata secara kasar dan bukan dari mata hati.

    -tulus ikhlas saya minta maaf / LYNN

    Monday, 25 March 2013

    B.O.L.E.H.J.E.K.A.L.A.U.Y.A.K.I.N


    untuk BERJAYA, kita perlu melatih minda kita untuk melihat peluang-peluang yang ada di sekeliling kita, untuk GAGAL, latihlah diri kita melihat halangan-halangan yang ada di depan kita. 

    TIADA YANG MUSTAHIL. LAKUKAN SAJA APA YG KITA MAHUKAN. 
    BOLEH JE KALAU YAKIN !!

    orang yang fikir mereka biasa-biasa saja, akan dapat hasil biasa-biasa juga. orang yang tanamkan dalam fikiran mereka hebat, akan capai hasil yang hebat juga. mereka yang percayakan mereka yang luar biasa hebat, pastinya akan dapat hasil luar biasa hebat.

    PEDULIKAN APA ORANG AKAN KATA PADA KITA..
    ANDA BOLEH ATAU TIDAK BOLEH BERJAYA...
    ANDA YANG TENTUKAN..

    PERCAYA DAN YAKIN
    usaha anda boleh berjaya dengan izin ALLAH, pasti anda berjaya.

    ilmu tidak hanya penting dalam menjamin kejayaan manusia di dunia dan akhirat, tetapi juga prasyarat untk mencapai kemajuan di dunia dan kesempurnaan di akhirat kelak. "TRY TO ACHIEVE AL- FALAH"