*whenever we come across a challenge or a puzzling situation, look at the other side.. You will be suprised to see an easy way to tackle the problem..*
Thursday, 27 June 2013
Life is full ups and downs
This little story helps us to realize that no matter what happens, we remain valuable as individuals. We fell as though we are worthless. But no matter what has happened or what will happen, you will never lose your value. Sometimes struggles are exactly what we need in our life. If God allowed us to go through our life without any obstacles, it would cripple us. We would not be as strong as what we could have been. And we could never fly.
Pilihlah dia yang peduli padamu
Pilihlah seseorang..
Yang mampu merasakan kesedihanmu dibalik senyumanmu..
Yang mampu mengerti fikiranmu di saat engkau terdiam..
Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu..
Kerana dialah yang akan mengerti tentang dirimu..
Terkadang engkau harus berlari jauh..
Agar engkau tahu siapa yang akan datang kepadamu..
Terkadang engkau harus berbicara perlahan..
Agar engkau tahu siapa yang masih mahu mendengarmu..
Terkadang engkau harus melibatkan diri kedalam sebuah perbezaan..
Agar engkau tahu siapa yang masih akan membelamu..
Terkadang engkau harus mencuba mengambil keputusan yang kurang tepat..
Agar engkau tahu siapa yang akan menunjukanmu keputusan yang benar..
Terkadang engkau harus melepaskan orang yang sangat engkau cintai..
Agar engkau tahu apakah dia akan kembali setia disisimu..
Sesungguhnya..
Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan..
Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti..
Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapus aimata kita..
Dan dialah sebenarnya yang masih mempedulikan kita..
Yang akan membuat hidupmu berbalut bahagia penuh senyuman
Pilihlah dan hargailah dia yang selalu peduli tentang dirimu
Friday, 14 June 2013
Andainya..
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.
Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.
Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.
Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.
Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.
Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.
Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.
Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.
Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.
Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.
Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.
Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.
Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda
Keep praying for what it is u seek
Imposibility and posibility are merely concepts of ur mind
To Allah, nothing is IMPOSSIBLE
Wednesday, 12 June 2013
Kadang kala..
Lebih baik mendiamkan diri
Dari memberitahu SESIAPA pun
Apa yang anda RASA..
Menyedihkan apabila anda memberitahu
MEREKA hanya MENDENGAR
Tetapi tidak MEMAHAMI
Pohonlah..
Luahkan..
Ceritakan..
Mengadulah..
Pada Yang Maha Esa
Thursday, 6 June 2013
|
Saturday, 1 June 2013
For you MR.R :)
Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.
CINTA Itu Indah tapi tak semua orang boleh mengerti apa itu Cinta, apa itu Kasih dan apa itu Sayang. Kadang-kadang kita sendiri tidak pernah Sedar dan Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita..
*Dia intai kita dalam senyap.
*Dia perhatikan dan “stalker” wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru.
*Dia tengok semua gambar kita dalam album.
*Dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
*Dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.
*Dia dengar setiap masalah kita
*Dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina walaupon hatinya sakit
*Dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.
Sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita, Dia menyepi seketika dan Kita merasa ketiadaannya.. Kita sunyi tanpa dia.. Kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya..
Itulah sebenarnya yang bernama CINTA..!! Kadangkala kita sukar membezakan antara Sayang dan Cinta..Antara KASIH dan SAHABAT..Antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa...Dan ini adalah realitinya.
p/s >>>Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.
Friday, 31 May 2013
Cintaku milik orang :)
Suatu ketika dulu, mungkin kte pernah jatuh hati, memendam perasaan atau suka dkt someone. Anggap dia crush kita bagai. Tiap hari tbayang2 muka dia. Kalau contact dgn dia mesti tsenyum2. Kalau dia diam, kte rse runsing gelisah xsenang duduk. Ada rindu kala tak bertemu. Ada keinginan utk memiliki. Cinta.. Ia hadir tanpa diundang.. Tanpa disedari.. Ia merupakan anugerah dari Illahi. Dan rasa cinta pasti ada pada diri sendiri. Kerana mencintai dan dicintai adalah bagian yg tak terpisahkan. Ibarat kopi dan gula gituu :) cewahhhh.
Mencintai dan dicintai dua kata yang saling melengkapi. Mencintai seseorg mjadikan keindahan tsendiri dalam hidup kita. Kadang2 kasih syg yg tkadang terlalu berlebihan membuatkan kita ingin sekali memiliki apa yg kita inginkan. Tapi mcm mana kalau DIA yg dicintai dan kagumi ternyata menjadi milik org?? Hancurlah hati. Retak seribu. Pecah sejuta. Remuk seremuknya..
.......
"Ya Allah kenapa Engkau tidak mempertemukanku dengannya..
Seribu bahasa, seribu tanya boleh kte gunakan utk mengadu kepadaNya. Bahkan seribu airmata pun kte keluarkan disetiap sujud, knp Allah tidak mempertemukan dgn org yg kte cinta.
"Sebabnya...Allah selalu mendengar tiap keluh kesah hambaNya. Bersabarlah wahai hati.. Cinta mmg buat kte bahagia hingga dunia mjadi begitu indah nan mempesona. Tapi cinta juga boleh buat kte nangis dan menderita. Seakan akan kte ingin mengakhiri hidup ini..
"Ketika cinta membuatmu menangis.."
Belajarlah ikhlas, melepaskan yg kte cintai menjadi milik org lain. Meski kte menderita dan tak rela..
Bertanyalah pada diri sendiri..
Apakah dia yg selama ini kte damba, akan bisa menghapus semua airmata kte..
Adakah dia yg selama ini kte puja, mampu membalas cinta kte padanya dengan setulus hatinya..
Adakah dia yg selama ini kte inginkan, kelak akan membahagiakan kte..
"Ketika cinta membuatmu menangis.."
Maka tersenyumlah..
Hapuskan airmatamu..
Tataplah ke depan..
Di depan sana ada cinta seseorg yg akan menyambut cintamu setulus hatinya..
Cinta suci yg akan membahagiakanmu..
Yang tak pernah terukur oleh jarak dan waktu..
Jika namamu yg tertulis di Luth Mahfudz utk diriku.. Nescaya rasa cinta itu akan Allah tanamkan dlm diri kte. Tugasku bukan mencari dirimu, tetapi mensolehkan diriku.. Wahai seseorg yg telah tertulis di Luth Mahfudzku, imamku, ayah dari ank ankku.. Engkau yg bersama dgn ku di perjalananku nnti. Aku percaya kau sedang memperbaiki dirimu utk menjadi imam dan buah hatiku kelak :)
Ya Allah..
Jika itu kehendak-Mu
Aku pasrah
Aku redha
Bila terlalu berharap hati akan hancur dengan sendirinya
Terlalu sakit bila dilukai
Ketakutan akan melanda bila ianya bukan kali pertama dilukai
Tulus ikhlas,
NHM :)
Subscribe to:
Posts (Atom)