hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Thursday 27 June 2013

Life is full ups and downs

This little story helps us to realize that no matter what happens, we remain valuable as individuals. We fell as though we are worthless. But no matter what has happened or what will happen, you will never lose your value. Sometimes struggles are exactly what we need in our life. If God allowed us to go through our life without any obstacles, it would cripple us. We would not be as strong as what we could have been. And we could never fly.

*whenever we come across a challenge or a puzzling situation, look at the other side.. You will be suprised to see an easy way to tackle the problem..*

Pilihlah dia yang peduli padamu

Pilihlah seseorang..
Yang mampu merasakan kesedihanmu dibalik senyumanmu..
Yang mampu mengerti fikiranmu di saat engkau terdiam..
Yang mampu merasakan kasih sayangmu disaat kemarahanmu..
Kerana dialah yang akan mengerti tentang dirimu..

Terkadang engkau harus berlari jauh..
Agar engkau tahu siapa yang akan datang kepadamu..
Terkadang engkau harus berbicara perlahan..
Agar engkau tahu siapa yang masih mahu mendengarmu..
Terkadang engkau harus melibatkan diri kedalam sebuah perbezaan..
Agar engkau tahu siapa yang masih akan membelamu..
Terkadang engkau harus mencuba mengambil keputusan yang kurang tepat..
Agar engkau tahu siapa yang akan menunjukanmu keputusan yang benar..
Terkadang engkau harus melepaskan orang yang sangat engkau cintai..
Agar engkau tahu apakah dia akan kembali setia disisimu..

Sesungguhnya..
Ketika kita pergi bersembunyi hanyalah untuk ditemukan..
Ketika kita berjalan jauh hanyalah untuk melihat siapa yang masih setia mengikuti..
Ketika kita menangis agar kita tahu siapa yang dengan ikhlas menghapus aimata kita..

Dan dialah sebenarnya yang masih mempedulikan kita..
Yang akan membuat hidupmu berbalut bahagia penuh senyuman
Pilihlah dan hargailah dia yang selalu peduli tentang dirimu

Friday 14 June 2013

Andainya..

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan jatuh cinta,
lelaki itu tidak semestinya punya segalanya
tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata,
itu bukan bermakna dia lemah,
tetapi dia sedang mencari kekuatan
untuk terus tabah menyintai lelaki itu.

Andainya lelaki tahu..
Apabila seorang perempuan marah,
memang dia tidak mampu mengawal perasaannya
tapi percayalah, itulah maknanya
dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu.

Lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh.
Tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang,
semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan bercakap banyak,
dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas,
tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat.

Andainya lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah,
itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya,
tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik,
bukan untuk dirinya,
tetapi untuk masa depan anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda,
bukan bermakna dia tidak sayang..
tetapi dia terlalu sayangkan anda
dan masih menganggap anda anak kecil
yang masih memerlukan sepenuh perhatian.

Kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya,
anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi.
Naluri keibuannya sangat kuat.
Dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan merajuk,
jangan kata dia mengada-ngada.
Dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit
atau hadiah sedozen,
tetapi cukup dengan perhatian
yang boleh buat perempuan rasa dihargai.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’,
itu tidak bermaksud dia tidak menyintai
tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya,
bukan hanya hadir dari kata-kata
tetapi juga melalui bahasa tubuhnya.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata dia rindu sama kamu,
dia benar-benar maksudkannya.
Apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu,
jangan percaya kata-katanya
kerana dia hanya mahu menguji kamu.
Dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya.
Walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya.

Selagi dia dengan kamu, percayalah,
walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya
tetapi di hatinya, kamu tetap yang terbaik.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan menjadi degil,
dia bukan bermaksud untuk menjadi degil
tapi dia mahu melihat
sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya.

Percayalah, hati perempuan itu sangat lembut.
Andai kena caranya,
jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat.

Andai lelaki tahu..
Apabila perempuan berkata,
“tolong tinggalkan saya!”,
dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya.
Dia hanya mahu menenangkan fikirannya sebentar saja.

Apabila dia kembali tenang,
percayalah dia akan mencari anda semula.
Itu tandanya dia benar-benar menyintai anda.
Perempuan sukar untuk mengawal perasaan.
Dia terlalu emosional.
Tapi dialah yang paling menyayangi anda
dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda.

Andai lelaki tahu..
Sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu
dengan perbezaan yang tersendiri.
Tetapi sekiranya mereka saling memahami,
mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan.

Perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali.
Di sebalik air matanya,
tersimpan seribu satu kekuatan
yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya.

Biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah
tapi dia punya kekuatan tersendiri
yang bisa menggoncang dunia
dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya.

Jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda

Keep praying for what it is u seek
Imposibility and posibility are merely concepts of ur mind

To Allah, nothing is IMPOSSIBLE

Wednesday 12 June 2013

Kadang kala..
Lebih baik mendiamkan diri
Dari memberitahu SESIAPA pun
Apa yang anda RASA..
Menyedihkan apabila anda memberitahu
MEREKA hanya MENDENGAR
Tetapi tidak MEMAHAMI

Pohonlah..
Luahkan..
Ceritakan..
Mengadulah..

Pada Yang Maha Esa

Thursday 6 June 2013

  • Lihatlah di sekeliling kamu dan teguhkan pendirianmu, sepanjang hidup dan usiamu jangan mudah berputus harapan, senyum yang kau berikan dan air mata yang kau titiskan, simpan…jadikan tauladan, segala yang kau pandang dan dengar, simpan…buat pedoman

    Saturday 1 June 2013

    For you MR.R :)

    Teman yang terbaik adalah individu yang sentiasa berada di sisi, berasa seronok ketika bersama dan dia tidak pernah mengatakan apa-apa selain tetap menyokong anda dari belakang.

    CINTA Itu Indah tapi tak semua orang boleh mengerti apa itu Cinta, apa itu Kasih dan apa itu Sayang. Kadang-kadang kita sendiri tidak pernah Sedar dan Kita tidak pernah tahu bahawa ada orang yang sentiasa ambil tahu pasal kita..  

    *Dia intai kita dalam senyap.
    *Dia perhatikan dan “stalker” wall kita setiap hari untuk tengok post terbaru.
    *Dia tengok semua gambar kita dalam album.
    *Dia tengok semua tanpa tinggalkan sebarang kesan dan jejak.
    *Dia baca setiap post kita hanya sekadar membaca tanpa sebarang reaksi.
    *Dia dengar setiap masalah kita
    *Dia siap cadangkan lagi jalan penyelesaian yang membina walaupon hatinya sakit
    *Dia ambik berat dan ambil tahu tentang kita.

    Sampai suatu hari dia tidak ada bersama kita, Dia menyepi seketika dan Kita merasa ketiadaannya.. Kita sunyi tanpa dia.. Kita rasa ada yang kurang dalam hidup tanpa gelak ketawa bersamanya..

    Itulah sebenarnya yang bernama CINTA..!!  Kadangkala  kita sukar membezakan antara Sayang dan Cinta..Antara KASIH dan SAHABAT..Antara KEMAHUAN dan KEPERLUAN kerana kita tidak pernah sedar apa yang melintas di ruang masa...Dan ini adalah realitinya.

    p/s >>>Orang yang bahagia tidak perlu memiliki yang terbaik dalam segala hal. Mereka melakukan yang terbaik dalam segala hal. Kebahagiaan bukan bagi mereka yang menangis, mereka yang terluka, mereka yang mencari, mereka yang mencuba.