hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Wednesday 17 October 2012

Terima dengan redha

Sekiranya ini rezeki, aku terima dengan tenang
InsyaAllah
Jika ini dugaan, moga diteguhkan kesabaran dalam diri ini
Bukan semua orang Allah kurniakan dugaan ini utk menghadapinya
Hadapinya dengan tenang
Senyumlah selagi ada masa...

Terkadang Allah hilangkan sesuatu nikmat yg kita sayang
Kerana Allah sedang menggantikan sesuatu yg lebih indah untuk kita

Dont say u hate ur life
Because it can be gone
Be thankful for what u have
Because u never know what will happen next

Friday 12 October 2012

hari yang dinanti bakal tiba


30 Oktober 2012

tarikh diatas adalah tarikh keramat bagu diriku dan juga teman teman yang lain
pada tarikh ini kami semua akan diraikan dan diberi penganugerahan
akhirnya selepas hampir tiga tahun saya berhempas pulas
saya belajar
saya lalui segala ujian yang melanda
saya pelajari semua ilmu sehabis mungkin

akhirnya saya bakal bergelar seorang graduan Islamic Banking & Finance
segala penantian bakal berakhir
segala perit segala lelah
segala masam manis kenangan yang saya dapat
akhirnya saya berjaya
saya berjaya mengenggam segulung diploma

terima kasih Ya Allah
terima kasih keluargaku
terima kasih semua pensyarahku
terima kasih sahabat sahabatku
terima kasih kepada semua

tanpa kalian
ku tidak yakin dapat pergi sejauh ini
dari merangkak
sehingga berjalan
sehingga terbang
akhirnya ku dapat gapai cita citaku

terima kasih Ya Allah
selama Engkau tidak pernah putus memberiku petunjuk
Engkau memakbulkan doa doa ku

Thursday 11 October 2012

terasa hati


" perempuan zaman sekarang kan.. mana nak tahu.. takboleh kira "

wahai kamu..

saya tak kisah kalau kamu nak marah saya atau maki saya
saya akui memang saya silap
saya dah pun mintak maaf
saya dah pun merayu rayu
saya dah pun nangis on call.. dan kamu pun dh dengar

agak tersentak
A = " takpayah la awak nak nangis sebab nie. bukan salah awak pon"
saya = saya mintak maaf. benda nie ada kaitan dengan saya. sewajarnya la saya mintak maaf.nangis.
A - perempuan zaman sekarang kan .. mana nak tahu. takboleh kira..

okay fine !
saya agak tersentak. saya tahu saya takpatut tersentak. saya takpatut marah. memang nie pon yg sewajarnya saya dapat. taktahu kenapa.. bila saya dengar ayat tu.. airmata saya automatik mengalir.. sekarang baru saya sedar.. thanks sangatsangat..





10102012

Tarikh keramat bagiku

Saya kuatkan diri yg lemah untuk ke melaka
Mengambil transkrip dan surat tamat belajar
Alhamdulillah saya dapat 4.00 untuk sem 6

Dalam ada berita gembira
Dalam ada saat gembira
Dalam ada gelak tawa
Dalam ada kenangan manis

Pasti akan ada kesedihan, kenangan pahit dan juga airmata

Orang orang tua selalu berpesan
Jangan terlalu gembira.. Nanti akan ada sesuatu yg menyedihkan menimpa diri kita

Kepada yg tersebut
Saya mintak maaf
Mungkin semua salah saya
Mungkin silap saya
Mungkin saya penyebabnya
Saya mintak maaf sangat sangat
Saya harap korang akan bebaik semula dan hal nie akan setle dengan secepatnya dan akan happy Ending

Dan semalam juga kenangan yang paling pahit berlaku. Saat yang menakutkan dlm hidupku..
Pakcik pakcik abang abang sekalian. Walaupon luaran sy nampak lemah. Dalaman sy kuat. Alhamdulillah Allah masih memeliharaku..
Inilah yang ditakutkan sebagai seorang wanita. Wanita selalu dipandang lemah. Lelaki senang ingin mengambil kesempatan. Dengan akal yang panjang. Ku mampu bertahan dan mampu menjaga diri. Sungguh ku serik.

Abang abang. Setakat nak bagi businesscard tu sudahla. Takpayah nak lebih lebih. Saya takberminat dan saya tak termakan kata kata awak. Mungkin niat untuk berkawan itu baik. Tapi niat disebaliknya itu kita taktahu dan niat itulah yang bahaya. Saya suke tengok tv. So saya tahu sangat taktik taktik abang tu.sorry yew..

Pakcik pakcik. Saya memang seorang perempuan. Tp saya taklemah. Saya mampu untuk pertahankan keselamatan saya. Saya tak ingin pon dengan ajakan pakcik tu. Dan sungguh taksangka. Pakcik #%*&/@*%*%#@?!#

Saya doakan korang terbuka pintu hati dan akan berubah. Dan kepada gadis gadis di luar sana. Berhati hatilah yew. Bukan semua orang baik tu betul betul baik. Bukan semua orang alim tu betul betul alim. Bukan semua orang jahat itu jahat selama lamanya.dont judge book by its cover. Renung renungkan dan selamat beramal

Dengan tindakan mereka.maka demam saya makin teruk. Menjerit sehingga hilang suara.. Dengan ditambahkan dengan batuk batuk dsebbbkan kedegilan minum ais.

Dan kepada kamu kamu. saya doakan kamu kamu berbahagia selalu hendaknya. Dan kamu maafkan si kamu itu.

Assalamualaikum..

Tuesday 9 October 2012

Cinta itu ketawa dan airmata

Ya Allah
Seandainya
Telah Engkau takdirkan
Dia bukan milikku
Bawalah ia jauh
Dari pandanganku
Luputkanlah ia dari ingatanku
Dan peliharalah aku
Dari kekecewaan
Berikanlah aku kekuatan
Agarku sentiasa tenang
Walaupun tanpa bersama
Dengannya

Aku tidak berharap untuk menjadi orang yang pertama.. Izinkan aku menjadi orang yang terakhir untukmu. Jika tiada siapa yang fahami apa yg kita rasa, usah risau kerana Allah sentiasa faham apa yg kita rasa dan alami. Luahkan kpd Allah kerana Dia sentiasa mendengar luahan hati kita..

Bertemu denganmu adalah TAKDIR
menjadi temanmu adalah PILIHANKU
tapi jatuh cinta denganmu itu DILUAR KEMAMPUANKU

kata yang paling simple adalah "I"
Kata yang paling indah adalah "LOVE"
Dan orang yg tersayang adalah "YOU"

Thats's why I LOVE YOU :)

Sunday 7 October 2012

Ku yakin ku mampu

Di saat jari menaip,  fikiranku kosong.tiada apa yang bermain di fikiran ku pada ketika ini.. Terasa bagai diriku bakal lemah..

Ya Allah.. Kuatkan aku
Aku tidak tahu apa yang bakal diriku tempuh pada hari mendatang.
Aku tidak tahu apa yang bakal aku lalui di masa hadapan
Aku tidak tahu apa yang bakal terjadi esok hari mahupon masa depan

...................
Aku buntu
Aku pening
Aku takut
Aku risau
Aku tidak yakin
Aku lemah

Aku mohon Ya Allah
Walau apa apa pon yang bakal ku terima
Walau apa apa pon yang bakal ku lalui

Aku bersujud padamu
menadah kedua tangan berdoa
Dengan rendah diri
Dengan merasa begitu kerdil menghadap illahi
Aku bermohon Ya Allah
Kuatkan aku
Moga aku dapat melakar sejarah dalam hidupku
Moga aku dapat buat yang terbaik

untukMu
untuk keluargaku
mahupun untuk diriku sendiri

~insyaAllah

From nothing to something
From zero to hero
From darkness to the light
From sadness to happier

Aku ingin menjadi seorang insan yang kuat, yang hebat, yang penuh dengan keyakinan diri, yang tidak gentar, yang mampu membuat org disekeliling ku bahagia tersenyum dengan kejayaanku suatu hari nanti, yang digeruni, yang mampu mengapai cita cita ku, yang serba boleh, dan yang paling penting. Aku mampu menjadi hamba mu yang diredhai hidupnya :)

Aku yakin suatu hari nanti akan ku gapai cita cita ku. Akan ku bahagiakan keluargaku..akan ku puaskan segala keinginan diriku..

aku yakin aku mampu! InsyaAllah

Saturday 6 October 2012

Luahan hatiku

Aku bukan mutiara yg indah
Aku bukan setitis embun pagi yg menyegarkan
Aku pun bukan malaikat yg akan selalu menjagamu
Tapi aku ingin menjadi org yg selalu ada di dalam hatimu

Perempuan mudah jatuh hati
Mudah memberi peluang
Mudah menitiskan airmata
Dan mudah memberi hati
Wahai lelaki....
Jagalah gadismu dengan sempurna

Cinta itu membuatkan hatiku gembira
Walaupon ia sering melukai
Cinta itu istimewa jika ia diberikan kepada org yg istimewa

Ramai yg bertanyakan adakah diriku sudah berpunya..

Jawapanku tetap sama..Tidak ada..akan tetapi ramai yg memperkotakkatikkan jawapan ku. Dengan membalas. "takkan org cantik takde sape sape" dan " memilih sgt ni"

...............

Salah ke kalau memilih? Memilih teman hidup yang betul betul sesuai dengan kita? Memilih org yg betul betul layak utk diriku dicintai dan mencintai? Agar kelak kita tidak menyesal..

Bukan senang mencari pasangan hidup sehidup semati. Bukan senang mencari seseorang yg sanggup menerima segala keburukan kekurangan. Yang sanggup menerima kita seadanya. Ku inginkan pasangan yg betul betul boleh membimbingku. Yang boleh membahagiakan diriku dan sebaliknya. Mencari seseorg yg mampu menghapus segala airmataku. Yg akan membuat bibirku tak lekang dengan senyuman.

...................
akan ku tunggu sang arjuna yang berjaya membuka pintu hatiku. Yang berjaya membuat diriku tertambat denganya.

Bukan yang kaya raya
Bukan yang berkedudukan yg ku cari
Bukan yang hensem paras rupanya

Tapi...
Ku mencari bakal imamku yg mampu membawaku ke jalan yg diredhaiNya
~insyaAllah

Jika tidak mampu menjadi sebatang pensil yang boleh mencoretkan kebahagiaan pd seseorg..maka jadilah pemadam. Yang mampu memadam segala kesedihan pd seseorg

Sincerely..
NHM♥♥♥


Friday 5 October 2012

Rindu dulu kini dan selamanya

Jam di dinding menunjukkan pukul tiga sepuluh minit pagi. Saat ini mataku masih terbuka dan aku berusaha untuk melelapkan namun usahaku gagal. Maka aku mengambil keputusan untuk merepek repek dekat sini. Macam macam yang berada di fikiran ku pada saat pada ketika ini. Perasaan bercampurbaur. Gembira sedih rindu semua dicampurkan didlm satu adunan maka terhasil la pelbagai kenangan di benak fikiranku.

Jika dulu pada waktu ini pada ketika ini. Aku gigih menelaah buku buku. Gigih study untuk exam.Bangun pada waktu malam. Melakukan solat sunat solat hajat solat taubat. Di saat semua rakan rakan ku enak dibuai mimpi. Bertemankan lampu yang samar samar di tangga. Bersandar di bahu katil untuk mencari cahaya yang samar. Dengan azam dan tekad untuk belajar. Sungguh ku rindu zaman study.

Jika dulu aku ditemani rakan rakan untuk berbual.  untuk bergurau senda. Untuk berkongsi cerita. Malam nie aku sepi keseorangan ditemani SIMSIMI

Jika diberi peluang,akan ku baiki segala kesilapan kesalahan dlu. Akan ku baiki potensi ku. Akan ku gapai cita cita ku. InsyaAllah

Dulu waktu sekolah..
"lambatnye habis sekolah. Taksabar"

Hakikatnya..

Zaman persekolahan adalah zaman yang paling indah. Paling seronok. Bila tadika. Rindu zaman baby.Bila sekolah rendah. Rindu zaman tadika. Bila zaman sekolah menengah. Rindu zaman sekolah rendah. Bila dah masuk kolej. Rindu zaman sekolah menengah. Bila dah habis belajar. Bila dah nak masuk alam pekerjaan. Terasa masa begitu pantas berjalan. Rindu semuanya. Andai dapat ku undurkan masa. Pasti akan ku baiki diriku, pasti akan kuamati setiap masa setiap detik lalu.

Masa akan terus berjalan. Tidak mungkin dpt diundurkan. Biarlah yang lepas dijadikan pengalaman. Dijadikan pedoman. Dijadikan teladan dan tauladan. Dijadikan pengajaran yang mampu mengajar kita erti kehidupan.Dijadikan idola untuk memperbaiki diri pada masa akan datang.

Sungguh ku rindu semuanya
dulu kini dan nanti :)

NHM kuat

Seorang gadis yang tidur bertilamkan airmata dan bangkit di waktu pagi dengam senyumam adalah seorang wanita yang kuat

Aku kuat dan tabah keranaMu Ya Allah
Semoga aku termasuk dalam golongan orang orang bersabar..
~ insyaAllah

Thursday 4 October 2012

Senyum dan maafkan

ada airmata disebalik SENYUMAN
ada kasih sayang disebalik AMARAH
ada PENGORBANAN disebalik KETIDAKPEDULIAN
ada HARAPAN disebalik KESAKITAN
ada kekecewaan disebalik GELAK TAWA

Ingatlah, kita bukan satu satunya manusia dengan segudang MASALAH

TERSENYUMLAH..
Kerana senyuman itu mampu membasuh setiap luka

MAAFKANLAH...
kerana maaf mampu menyembuhkan semua rasa sakit

Hanya ALLAH S.W.T tempat segalanya mengadu
KepadaNya kita berserah atas segala yang dipinta
KepadaNya kita bertawakal setelah kita telah berusaha dengan bersunggug sungguh

P/s : jika ada masalah. Jgn dipendam terlalu lama :)