hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Tuesday 15 November 2011

motivasi menjadi wanita paling bahagia

"wanita yang bijaksana mampu mengubah sahara yang gersang menjadi taman yang segar menghijau"

...ketahuilah bahawa Allah akan mengampuni orang yang memohon ampun, akan memberi kepada yang meminta, dan menerima yang bertaubat...

...prihatinlah dengan orang yang lemah, anda akan bahagia. penuhi hajat yang memerlukan, anda akan disembuhkan . jangan bawa kebencian, anda akan dihargai...

...bersangka baiklah kerana sesungguhnya Allah bersamamu, para malaikat memohonkan ampunan untukmu, dan syurga telah menanti anda...

...bersikap optimislah dalam hidup dengan berbaik sangka kepada Allah. jauhilah segala duka dengan mengingati semua nikmat yang telah dikurniakan kepada anda...

...ingatlah bahawa di dunia ini tiada kebahagiaan yang sempurna, kerana tidak seorang pun di dunia boleh mendapat semua keinginan nya...

...contohilah pohon kurma, tinggi cita-citanya, kebal dari penyakit dan jika dibaling dengan batu ia akan membalas dengan mengugurkan buahnya...

...jangan mengharap mendapat kesusahan atau malapetaka, tetapi berdoalah supaya beroleh ketenangan dan pemeliharaan...

...siramilah api kebenciaan anda dengan cara memaafkan setiap orang yang pernah membuat salah dengan anda...

...berwudhuk merupakan penawar yang amat berkesan bagi kesusahan dan kesedihan...

...ketahuilah bahawa Allah sentiasa bersama anda...

 ...lakukan apa yang sepatutnya anda selesaikan hari ini, kerana hari esok belum tentu berpihak kepada anda...

...jauhilah dirimu memakai akhlak yang mulia supaya anda lebih indah berbanding jambangan bunga...

...jangan bosan dan jemu untuk berbuat baik, maka anda akan mendapat pujian dari mana mana...

....serahkanlah urusan makhluk kepada Penciptanya, jangan peduli kepada setiap pendengki dan orang yang suka mencari musuh...

...kesenangan dari sumber yang haram akan mendatangkan penyesalan, kehinaan dan penderitaan yang luar biasa...

" tiada daya dan kekuatan selain dengan pertolongan Allah "


p/s : di mana mana dalam dunia ini, anda akan mendapati kegelapan. tiada cara yang paling tepat selain memantulkan cahaya yang ada dalam dirimu...









No comments:

Post a Comment

budakcumelcakapcakap