hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Thursday 16 August 2012

penantian 3 bulan sudah berakhir =)


28 Mei 2012  -   17 Ogos 2012

penantian selama tiga bulan untuk menghabiskan tempoh berpraktikal di PEJABAT AGAMA ISLAM DAERAH KUANTAN bakal berakhir pada hari ini 17 Ogos 2012 bersamaan 28 Ramadhan  tepat jam 5.00 petang. 

insya-Allah bulan oktober 2012 lynn akan bergelar seorang graduan Diploma Islamic Banking and Finance .

macam macam pengalaman yang lynn dapat sepanjang praktikal dkt PAID KTN. kakak kakak abang abang ustaz ustazah semua baik. syukur alhamdulillah lynn ditempatkan di kalangan orang yang baik. yang tak penah sombong walaupon pangkat mereka lagi tinggi dari lynn. sudi berkongsi ilmu dengan lynn. ilmu dan pengalaman yang tak mungkin dapat di luar sana. walaupon pada awalnya agak takut dan risau untuk menjalankan praktikal di sini disebabkan tempat yang agak tidak related dengan course banking and finance. tapi sekarang alhamdulillah. walaupon tak related dengan study, tapi sekurang kurangnya lynn dapat mempelajari ilmu baru dalam hidup lynn.pengalaman dan suasana baru.

selepas nie lynn mesti rindu dengan suasana di pejabat. dengan staff yang baik dengan lynn. =( banyak kenangan manis dan pahit yang lynn dapat sepanjang tiga bulan disini.  kenangan sepanjang praktikal di PAID KTN akan lynn ingat sampai bila bila. 

specially to :

  • KAK INA & MAMA : orang yang mula mula lynn kenal dan rapat di pejabat nie. Mereka lah org yg paling banyak mengajar lynn tentang kerja kerja pentadbiran. tentang proses proses undang undang keluarga . cerai khawin ruju' ilmu yang penting dalam kehidupan . lynn yang bakal berumah tangga suatu hari nanti . Insya-Allah

  • UST HAFIDZ & UST HAFIZUDDIN : mereka nie lynn dah anggap sebagai abang lynn sendri. sangat baik dan tahan dengan kerenah lynn . yang paling banyak menolong lynn dalam bidang penguatkuasaan. seronok dapat pergi operasi . tengok mcm mcm ragam manusia.

  • KAK JAA : kakak nie bahagian kewangan . Walaupon lynn jarang tlg die buat kerja bahagian kewangan . tapi sikit sikit tu pernah lah tlg =) nie mungkin agak related dengan ape yang lynn study. sedikit sebanyak dapat membantu report lynn. nampak la sikit ade kerja yang related dengan belajar.

  • UST AIZAT : ust nie penah bawak lynn pergi operasi halal . memang pertama kali lynn pegi operasi mcm nie. banyak pengalaman lynn dapat.

  • KAK MAS, KAK FADZ, UST FAIZAL, UST BAI,UST RASHDAN, KAK WAN AIDA, KAK ROHA, CIK MAT, CIK LI, EN NAZRI, KAK ADNI, UST SURJA dan staff yang lain2.. semuanya SPORTING . BEST . =)

  • kepada seseorang : lynn mintak maaf kalau dekat mata #$%%^&@#$ lynn belum cukup bagus untuk praktikal di sini. belum cukup banyak kerja yang lynn buat. yang buat &^*$)*$^& kecewa dengan prestasi lynn. lynn sudah cuba yang terbaik. dan lynn mintak maaf jika lynn belum berjaya puaskan hati @#$%%%^.

p/s : lynn akan merindui kalian semua. lynn tak akan pernah lupe kenangan lynn sepanjang di PAID KTN.
         korang semua memang best =)

* gambar akan diuploadkan kemudian =)



1 comment:

  1. Alhamdulillah Lynn..
    Lyn telah buat yang terbaik dalam masa praktikal..
    Semua itu adalah pengalaman ...dari mula hingga akhir....
    Tahniah Lynn...:)

    Yang Merinduimu Lyn...


    Selamat Hari Raya AidilFitri...Maaf Zahir Batin...:)

    ReplyDelete

budakcumelcakapcakap