hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Wednesday 19 December 2012

Bab 2 - kisah si gadis dan seorang pengemis

Jam menunjukkan lagi 5 min pukul 7 malam menandakan kelas akan tamat. Begitulah ragam si gadis yang tak khusyuk dalam kelas dek kerana taksabar nak pergi pasar malam. Dek kerana penat sehingga hilang fokus.. ( kononnya ) walhal memang selalu takfokus. Contoh yang tak wajar dicontohi.

Tepat jam pukul 7 malam..

Terus segar mata yang sudah hampir tertutup sebentar tadi. Yang mana terpaksa ditahan dari jam 8.30 pagi sehingga 7 malam..jika hari biasa, kebiasaanya si gadis la yang paling lambat kemas beg,kemas buku,kemas meja. Yang akan selalu kelam kabut sehingga tertinggal botol air bekalnya setiap hari. Tetapi tidak pada hari itu.. Si gadis yang bersemangat.. Yang ligat.. Yang aktif. Taksabar sungguh ank dare sorang ini.

Berlari menuju ke lift. Berlari naik bus. Terkejar kejar disebabkan langit yang sudah kelihatan seperti akan runtuh bila bila masa. Semangat yang hampir layu memandang cuaca yang ingin menurunkan hujan. Menurunkan hujan yang dinanti nanti di setiap pelosok di Melaka. Dek kerana bumi Melaka yang bersejarah agak susah untuk hujan dan cuaca panas yang membahang terasa sehingga ke tulang.

Sesampai sahaja bus kuning. Terus berebut macam itik pulang petang. Umi menjalankan tugas untuk membodek pakcik supaya turunkan kami di simpang.. Dan akhirnya pakcik setuju... Beg ditinggalkan kepada kawan kawan yang lain untuk dibawa pulang..

Si gadis turun bus dengan senyuman seindah sakura. Tersengih sengih macam kerang busuk. Terlompat lompat seperti kera mendapat bunga. Perangai yang ramai sahabat handai katakan " macam budak budak "...

Sesampai sahaja di pasar malam. Guruh kedengaran. Si gadis yang sangat takut dengan bunyi guruh terus mengenggam tangan sahabatnya. Dia berniat untuk cepat beli dan cepat pulang.. Apabila pengembaraan ingin dimulakan.. Sepasang mata si gadis terpandang di suatu sudut dimana terdapat seorang pakcik yang meminta sedekah.. Dilihat keadaan pakcik itu membuatkan hatinya sayu. Dengan azam dihati ingin memberi sedikit sumbangan..

Tetapi dengan cuaca yang tidak baik, si gadis mengambil keputusan membeli makanan terlebih dahulu kemudian dalam pejalanan pulang baru nak hampiri pakcik tersebut. Dengan guruh yang berdentum dentum, kekadang kilat yang menyambar seperti halilintar kelihatan. Si gadis terus mengalihkan padangan ke kedAi kedai yang banyak terhidangnya juadah.. Setelah selesai membeli, si gadis cepatcepat mancari kelibat pakcik yang dilihat sayu tadi. Pakcik yang berdiri dengan memegang tongkat dengan fizikalnya yang tidak sempurna. Yang menadah tangan mencari sesuap rezeki. Tapi sayang.. Pakcik itu telah menghilangkan diri.. Mungkin pulang dek kerana cuaca yang tidak mengizinkan.

Dengan beribu sesalan, si gadis memarahi diri sendiri dengan perangai yang mementingkan diri. Yang lebih pentingkan benda lain dari niat ikhlas nya. Si gadis yang begitu kesal pulang dengan mendiamkan diri. Sesampai di bilik.. Si gadis menyiapkan diri. Merehatkan diri dan hanya membatukan diri. Setelah bercerita dengan kawan kawan. Si gadis menangis dan terus mengambil bantal dan menutup mukanya. Begitu kesal menyelubungi dirinya.

Makanan yang dibeli dijamahnya dengan perasaan hampa.. Perasaan yang hampa diluahkan. Terbayangkan kelibat pakcik yang dilihat sayu jauh di sudut hatinya..Airmata si gadis gugur di bahtera. Jikalau si gadis tidak mementingkn diri. Pasti pakcik itu dapat rezekinya pada hari itu. Pasti si gadis akan gembira dapat melaksanakn hajatnya. Tangisan si gadis diubati dengan janji rakan rakan .

Rakan rakan yang berjanji akan membawa si gadis melaksakan hasratnya pada minggu hadapan. Sedikit terubat kekecewaan si gadis. Terukir senyuman di raut wajah si gadis yang kusam.

Pengajaran : janganlah dipentingkan diri sendiri. Janganlah hanya memikirkan makan sehingga boleh menyebabkan insan lain kelaparan. Tolong menolong sesama manusia. InsyaAllah

~ NHM

1 comment:

  1. Kte ingat kisah ini...Moga jadi tauladan..

    Betul lynn..jangan pentingkn diri ...

    ReplyDelete

budakcumelcakapcakap