hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Saturday 15 December 2012

Bab 1 - Kisah si gadis dan seorang pengemis

Selasa..

Si gadis yang sedang rungsing memikirkan apa yang ingin dimakan untuk malam nanti..
Si gadis yang pening ingin membeli juadah ape utk di makan di malam hari..
Si gadis yang sudah kebosanan dengan makanan di cafe asrama..
Si gadis yang teringin menukar angin seleranya..
...........

Memandangkan jadual kuliah pada hari selasa amatlah padat sehingga jam 7malam. Tiba tiba si gadis teringat bahawa setiap hari selasa ada pasar malam berdekatan kawasan asrama nya. Maka ligat di dalam otaknya dengan macam macam idea dan rancangan.

si gadis : emm.. umi.. boleh tak temankan pergi pasar malam balik nanti. takpenah la pergi. Teringin..

...... sambil buat muka kesian dan berharap yang umi akan membalas " yewla "

Umi : kesian la dekat hang nie. Nanti aku bawakkan..

.....
Umi menggunakan dialek " hang " sebab umi nie orang utara ( pulau pinang )

Si gadis : tersenyum sambil berbunga bunga hatinya " thanks umi.. Saaaaayaaaaaaang umi "


Di dalam kepala si gadis sudah berlegar legar dengan pelbagai juadah dan makanan yg dijual. sudah dibayangkan satu persatu rupa juadah yang bakal diborong. Sudah terbau bau Nasi kerabu yang paling sedap di situ yang sudah menjadi kegemarannya. Si gadis yang jatuh cinta dengan keenakan kesedapan nasi kerabu itu sejak kali pertama membelinya pada sem lepas ketika di bulan Ramadhan. Tanpa berfikir panjang, si gadis mengajak rakan rakan yang lain pergi setelah habis kuliah nanti. Seperti yg dijangkakan rakan rakan pasti mahu ikut. :) masing masing sudah bising bertukar tukar name juadah yang ingin dibeli nanti. Ade yang malas dan hanya mampu mengirim. Kepenatan barangkali. Kelas dari pukul 8.30 pg sehingga 7.00 malam..

A : " aku nak makan laksa penang "
B : " aku nak makan nasi kerabu taknak ikan tapi nak ayam goreng "
C : " aku nak makan macam macam la.. Stress sgt dah nie.. Penangan quiz test yang belambak lambak dan final yang dah nak dekat "
D : " aku nak ikut... Aku nak ikut.. Aku nak ikuttt " boring la asyik makan kat cafe je

Si gadis : nanti kita suruh umi bodek pakcik azmi suruh drop kan kita kat simpang. Umi kan anak angkat dia. comfirm dia setuju..Then kita jalan kaki jela dari situ...Nanti balik, kita balik jalan kaki sama sama.. Kalau masuk lambat asrama. Sama sama tanggung. Lagipun umi , iffah kan AJK asrama.. Takpelah kott.. Aku kan presiden asrama yang takbetauliah.. Sekali sekala buat hal. Takpe. Siapa siapa yang tak nak ikut boleh la tolong bawakkan beg balik bilik. Takdelah berat kita nak bawak nanti. Setuju ?

Satu kelas : setuju !

Riuh rendah satu kelas dengan semua yang mengeluarkan idea , keluhan , rintihan masing masing. Sehingga hilang sekejap stress yang dialami semua ;)




* to be continued
~NHM

1 comment:

budakcumelcakapcakap