hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Wednesday 28 September 2011

Cemburu pada kecantikan orang lain

Memang benar setiap orang ada perasaan CEMBURU PADA KELEBIHAN ORANG LAIN.
Terutamanya wanita, yang lebih beremosi dan cukup sensitif jiwanya.
WANITA AKAN MUDAH CEMBURU TERUTAMANYA APABILA MELIHAT KECANTIKAN ORANG LAIN YANG DISANJUNG DAN BANYAK DIPUJI.

Pada pandangan yang pertama, wanita ini pasti akan berkata, : "ehh cantiknya dia... "
Kemudian apabila mendengar sesiapa memuji kecantikan itu, langsung akan berkata di dalam hati...
"bestnya orang puji dia...aku takde pun dapat pujian mcm tu.." 
kemudian dia akan merasa rendah diri dan akan merajuk apabila dibandingkan dengan orang yang lebih cantik dari dia.
(kebanyakkan wanita sememangnya begitu, namun ada juga yang kuat dan mulia hatinya.)

ITU SEMUA, NORMAL. Kita ini adalah manusia. Tidak boleh lari dari syaitan yang sentiasa berbisik untuk kita berfikiran negatif.

Sekarang ini, kita perlu fikir. KENAPA KITA CEMBURU? 

antara jawapan kaum Hawa yang telah dikaji:

KENAPA KITA CEMBURU DAN RENDAH DIRI?

*sebab orang cantik ada ramai kawan, tak mcm kita. Susah nak dapat kawan.
*sebab orang cantik dapat perhatian, tak mcm kita. Selalu diabaikan.
*sebab orang cantik dapat pujian yang banyak dan disanjungi, tak mcm kita. Takde pun kena puji.
*sebab orang cantik tak payah posing lawa2 untuk snap gambar, tak mcm kita. Kena posing cun2 baru fotogenik.
*mane2 pergi, orang akan tengok yang cantik, tak mcm kita. Macam tak wujud je dpan mata orang lain.
*sebab orang cantik ada ramai peminat. Tak mcm kita, sorang pergi, bertahun-tahun nak tunggu yang lain datang.
*sebab orang cantik lebih dimanjakan.
*sebab orang cantik tak payah make-up pun dah nice. Tak macam kita. Nak kena bubuh celak, contact lens, bedak, baru lawa. 

HMM. Itukah sebabnya? :|

Kerana PUJIANkah anda cemburu? Kerana SANJUNGANkah anda cemburu? Kerana PERHATIAN? wahai wanita yang dihormati sekalian...

Cuba kita renungkan, siapakah yang mencipta wajah yang cantik itu? Adakah mereka sendiri? Tentunya Allah s.w.t. Mereka-mereka yang cantik ini tidak pernah meminta untuk mereka menjadi cantik.. mereka sudah dicipta begitu, lahir-lahir sahaja sudah cantik... Takkan mereka hendak mencalarkan wajah mereka bagi memuaskan cemburu kamu?

Cantik adalah ujian. Orang yang cantik, banyak dugaan yang harus mereka lalui. Termasuklah hawa nafsu... penjagaan aurat mereka... akhlak mereka... Ada orang yang cantik tetapi sombong dan bangga dengan kecantikan mereka.. Kemudian, auratnya yang cantik itu juga didedahkan.. hah. Allah amat tidak menyukai sifat yang sebegitu, maka itu, hilanglah kecantikannya di mata Allah s.w.t. Itulah namanya, ujian. Jika orang itu cantik, tetapi baik hati.. sentiasa mengingati Allah... menjaga auratnya dengan baik sekali, Orang itulah tinggi darjatnya.. :) Pokoknya, masing-masing.. 
Jangan sesekali kita iri hati pada mereka, tetapi tepuk lah tangan untuk mereka, doakan agar mereka dijauhkan dari maksiat, dari hawa nafsu syaitan. Doakanlah agar mereka mengecapi kebahagiaan didunia dan diakhirat. Kan? hati kita pun senang bila kita berbuat baik sebegitu. :) Alangkah gembiranya Rasulullah s.a.w jika melihat hati umatnya yang bersih sebegini. 

Sebenarnya SEMUA WANITA ITU CANTIK.. kita yang tak perasan.. kita yang tidak bersyukur atas apa yang telah dianugerahkan oleh Allah s.w.t. Allah tidak pernah membuat silap.. 

Masing-masing ada kelebihan, ada orang cantik pada rupa. ada juga orang yang cantik pada pemikiran. ada yang cantik pada tingkahlaku, percakapan. Pernah juga saya lihat orang yang rupanya tidaklah cantik, tetapi caranya yang molek, menutup aurat dengan sempurna, sopan, serta akhlaknya yang mulia.. jadi cantik pula kita tengok dia. Sedap je mata kita memandang. :) Haa, kan cantik tu? :)

Ada juga saya tengok wanita ni, rupanya tidak seberapa juga, tapi pemikirannya positif.. penampilannya kemas.. auratnya juga dijaga dengan sempurna. Serta suka memberikan senyuman. Daripada tak cantik, jadi cantik pula saya tengok dia. Itu lah dia, pokoknya diri sendiri. kita kan boleh hias akhlak kita.. bukannya tak boleh. Jadi buat apa kita duduk saja, cemburu dan rendah diri pada kelebihan orang lain? Jadilah diri kita sendiri. Usahalah untuk mendapat kebahagiaan DIDUNIA DAN DIAKHIRAT. 

Oleh itu, janganlah kita rasa rendah diri.. Cemburu tidak tentu hala.. kerana semua ini ujian.. Bersyukurlah dengan apa yang ada.. yakinlah pada diri sendiri.. Allah sayangkan orang yang bersyukur dan memanfaatkan anugerah yang diberi olehNya. Fikirkanlah orang yang lebih susah daripada kita.. kesian mereka, lagilah tidak berdaya berbanding kita.. Jika kita fikir kita ini kurang, sebenarnya ada lagi yang jauh lebih cacat dan kurang upaya daripada kita.. Sekurang-kurangnya kita sempurna anggota badan, boleh beramal dengan sempurna. Jika kita cacat sekalipun, pastinya ada hikmah disebalik kejadian Allah ini. Allah maha Mengetahui. Oleh itu, janganlah terlalu memikirkan diri sendiri.. yakinlah dan bersyukurlah kepada Allah. Sesungguhnya inilah yang dipanggil UJIAN :)

"Sesungguhnya dunia ini adalah alat perhiasan, sebaik-baik alat perhiasan di dunia adalah wanita yang solehah "– Nabi Muhammad s.a.w


p /s : aku bersyukur dgn setiap apa yg allah telah tetapkan pa ku..=)






1 comment:

  1. yeah, ada cemburu ke arah kebaikan, ada ke arah keburukan. pepandailah ye pilih. :)

    tapi cemburu pada fizikal itu normal pada perempuan aku rasa. HAHA

    ReplyDelete

budakcumelcakapcakap