hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Tuesday 27 September 2011

keperluan vs kehendak


Kehendak dan keperluan. Apakah yang dimaksudkan dengan kehendak dan apakah yang dimaksudkan sebagai keperluan? Soalan itu tidak sukar untuk dijawab tetapi dalam keadaan sekarang, anda mudah untuk berbelanja secara berlebihan sehinggakan anda pun jadi kabur mana satu yang perlu dan mana satu tidak perlu. Manakan tidaknya, ketika anda pergi ke kompleks membeli belah, ada sahaja jurujual yang cuba memujuk anda membeli produk mereka. Di samping itu, iklan di TV, papan iklan, majalah dan akhbar turut mempengaruhi anda.

Pendek kata, dengan faktor persekitaran yang sebegitu rupa, ia banyak bergantung kepada anda sendiri untuk menahan diri daripada terpengaruh dengan pujuk rayu iklan-iklan sedemikian. Anda boleh berfikir dan bertindak secara rasional jika anda faham apa sebenarnya yang mempengaruhi perbelanjaan anda dan dapat membezakan mana satukah keperluan dan mana satukah kehendak.Keperluan adalah sesuatu yang anda perlu ada kerana anda tidak boleh hidup tanpanya. Manakala kehendak pula adalah sesuatu yang anda inginkan tetapi tidak semestinya perlu. Sebagai contoh ialah beras. Anda perlu makan nasi untuk hidup dan tanpanya anda mungkin tidak boleh hidup lama.

kita mestilah pandai bijak cendiakawan 
berbelanja..
berbelanjalah dgn berhemah
membazir amalan syaitan

cara cara untuk berjaya mengawal hawanafsu membazir :-

  1. Berbelanja Secara Tunai Sahaja! (Go Cash-Only)
  2. Tetapkan Matlamat Jangka Panjang! (Set Long-term Goals)
  3. Bezakan Antara Keperluan Dan Kehendak! (Distinguish Between Needs and Wants)
  4. Berbelanjalah Dengan Senarai Perkara Yang Diperlukan! (Shop with a List)
  5. Berikan Peruntukan Untuk Diri Anda Sendiri! (Give Yourself an Allowance)
  6. Carilah Teman Untuk Keluar Berbelanja! (Find a Shopping Buddy)
  7. Meninjau Terlebih Dahulu Pilihan Anda! (Survey Your Selections)

p/s : pesanan untuk diri sendiri dan semua yg sudi membaca =)




   

No comments:

Post a Comment

budakcumelcakapcakap