hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Sunday 2 October 2011

setiap yg terjadi pasti ada hikmahnya

Setiap manusia yang Allah cipta sentiasa akan diberi musibah,ujian atau masalah hidup didunia yang sementara ini.Tipu jika seseorang itu berkata yang dia tidak pernah ditimpa musibah. Setiap orang ada masalahnya tersendiri,Allah uji dengan berbagai-bagai ujian tetapi sebabnya adalah sama. Allah menguji seseorang itu kerana Allah swt mempunyai rahsianya tersendiri,sama ada Allah hendak tambah iman kita atau hendak uji sejauh mana keimanan kita. Dan kerana sesuatu ujian itulah yang membuka mata hati kita,yang mendidik kita supaya jangan mudah putus asa dalam kehidupan yang bagaikan bahtera dilautan yang penuh dengan onak duri,ujian juga dapat mematangkan kita.

Kadang-kadang kita tertanya-tanya, mempersoalkan kepada Allah swt kenapa kita diberi ujian yang berat sebegitu sekali sehingga kita terlupa pada siapa yang perlu kita mengadu segala masalah kita, pada siapa kita harus minta kembali kekuatan kita. Astagfirullah, lemahnya dan rendahnya iman kita. Tidak redha dalam menghadapi ujian yang Allah beri terhadap kita. Jika kita anggap diri kita ditimpa musibah yang besar kita hendaklah ingat bukan kita sahaja yang mengalaminya,mungkin ada sahabat-sahabat kita @ saudara seakidah kita yang lain menghadapi musibah yang sama bahkan lebih teruk atau lebih besar dari kita.

Bukankah,Allah telah berkata dengan jelas di dalam Al-Quran yang Allah tidak akan sekali-kali menguji hambaNya diluar kemampuan hambaNya. Allah tahu kita kuat dalam menghadapi ujianNya jadi Allah berikan ujian itu ke atas diri kita. Di sini kita dapat lihat betapa sayang dan kasihnya Allah kepada kita sebagai hambaNya.
Allah menguji seseorang bukan kerana Allah benci kepada kita tetapi percayalah yang Allah sangat kasih kepada kita. Cuma kita sebagai hambaNya tidak pernah hendak bersabar dalam menghadapi ujianNya. Pasti Allah telah aturkan yang terbaik buat kita kerana setiap yang berlaku ada hikmahnya.



Dekatkanlah diri kita dengan pencipta kita yang menguasai seluruh alam, yang memegang hati-hati kita. Disamping berdoa perlulah kita berusaha menyelesaikan masalah yang dihadapi. Mungkin ada yang rasa diri mereka tidak kuat hendak hadapinya tetapi cubalah bangun! Usah tewas dengan hasutan syaitan, cari kembali kekuatan kita kerana kekuatan itu ada dalam diri kita masing-masing. Yakin dengan diri, kuatkan azam dan cita-cita. Usah tonjolkan kelemahan kita pada syaitan kerana syaitan tidak pernah berhenti menghasut agar kita lemah-selemahnya.

Jika rasa tidak kuat, carilah sahabat-sahabat yang sentiasa memberi kata-kata semangat kepada kita dan bukan sahabat yang menjatuhkan kita. Itulah pentingnya sahabat kerana kita tidak mungkin bisa hidup berseorangan.

Kita perlu tahu selepas ujian itu selesai, satu lagi ujian akan datang, maka bersedialah dalam menghadapi ujian yang seterusnya. Untung bagi mereka yang selalu diberi ujian tanda Allah swt sayang padanya. Semoga kita sentiasa menjadi hambaNya yang sentiasa redha atas ujian dan ketentuan Allah swt. Apa yang ditetapkan untuk kita itulah yang terbaik! Smile




Bila tubuh menunjukkan reaksi kesakitan, otak akan menghantar mesej kepada yang empunya tubuh bahawa kematian sudah semakin mendekat. Kesakitan dan kematian merupakan satu perkaitan yang sering terlayar luas di minda manusia.
Kita sebagai manusia sering berfikir bahawa sesuatu perkara yang terjadi itu ada sebabnya. “Kenapa dia meninggal?” “Oh, dia memang dah lama sakit.” , “Baru semalam aku jumpa Pak Mail, hari ni dia dah meninggal.” “Kena sakit jantung. Biasalah…” , “Aku dengar Wak Munah yang tinggal di hujung kampung ni dah meninggal. Betul ke?” “Haah… Kanser payudara dia dah merebak.”
Kematian adalah akhir dari kehidupan iaitu ketiadaan nyawa dalam organisma biologi. Semua makhluk yang hidup pada akhirnya akan mati secara perlahan-lahan, sama ada kerana menghidapi penyakit atau disebabkan kecelakaan. Bukan orang yang sakit sahaja boleh meninggal dunia. Manusia yang muda dan sihat walafiat juga boleh meninggal dunia tatkala sudah tiba masanya dia dijemput Izrael. Andaian itu semua hanya logik akal manusia yang tidak memandang kesakitan dan kematian itu merupakan satu hikmah. Rasuluallah s.a.w bersabda: “Tidaklah ALLAH menurunkan penyakit kecuali beserta dengan ubatnya.”
Sesungguhnya, sakit itu adalah ujian kesabaran daripada ALLAH untuk kita semua yang bergelar hambanya tidak kira apa agama sekalipun. Seperti sabda Rasulullah Saw, “Sangat menakjubkan urusan orang-orang mukmin itu. Mereka menerima semua persoalan hidup sebagai kebaikan baginya. Apabila kegembiraan yang diterimanya ia akan bersyukur dan itu adalah kebaikan baginya. Dan apabila kepedihan yang diterimanya maka ia bersabar dan itupun merupakan kebaikan pula baginya.”. Sesungguhnya, kesyukuran itu tanda keimanan, dan kedurhakaan adalah tanda kekufuran. Sakit adalah penggugur dosa-dosa hamba-Nya.
Penyakit yang diderita seorang hamba menjadi sebab diampuni dosa yang telah dilakukannya termasuk dosa-dosa setiap anggota tubuhnya Rasulullah Saw bersabda, “Setiap getaran pembuluh darah dan mata adalah kerana dosa. Sedangkan yang dihilangkan Allah dari perbuatan itu lebih banyak lagi.” Sakit juga menyelamatkan insan daripada seksaan api neraka yang sungguh azab. “Rasulullah S.a.w pernah bersabda, bahwasannya sakit kerana demam itu akan menghindarkan orang Mukmin dari seksa api neraka.” Sakit membawa manusia itu sentiasa mengingati ALLAH Tuhan Yang Agung lagi Maha Berkuasa.
Apabila sakit itu singggah menghampiri, lidah kita pantas menyebut, “Aduh, sakit Ya ALLAH.” , “Ya ALLAH, sakitnya!”. Tatkala sakit itu sudah menjadi tamu di tubuh kita dengan mudahnya menerobos masuk ke salur-salur darah hanya kalimat itu yang mampu kita ucapkan. “ALLAH!” Maka beruntunglah orang yang selama ini lalai dan leka daripada mengingati ALLAH lalu ia ditimpakan kesakitan yang datang tanpa diundang.



No comments:

Post a Comment

budakcumelcakapcakap