hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Saturday 10 December 2011

malaikat pelangi cinta lirik




Cinta adalah satu perasaan kompleks yang muncul dari dalam jiwa makhluk. Banyak perihal mengenai cinta yang kita tidak sedar. Bercakap tentang cinta tiada penghujungnya.

Fakta 1
- Cinta itu satu perasaan yang wujud secara tiba-tiba. Ianya datang tanpa diminta dan pergi tanpa dihalau.

Fakta 2
- Orang yang mencintai lebih rasa manisnya cinta berbanding orang yang dicintai.

Fakta 3
- Ibu-bapa merupakan cinta pertama kita.

Fakta 4
- Cinta paling busuk ialah cinta yang berdasarkan nafsu semata-mata

Fakta 4
- Percintaan sesama jantina semakin menjadi-jadi.

Fakta 5
- Makanan orang bercinta ialah kata-kata nasihat daripada orang yang dicintai.
Fakta 6
- Memiliki cinta tak semestinya memiliki kebahagiaan.

Fakta 7
- Dendam selepas putus cinta boleh membunuh seekor naga di Tasik Chini.

Fakta 8
- Cinta pandang pertama akan menyusul dengan cinta pandang kedua

Fakta 9
- Ramai yang kehilangan maruah kerana cinta dunia.

Fakta 10
- Cinta kepada Illahi seringkali di sebut, tetapi tak ramai yang betul-betul mencintaiNya.


Jangan sesekali kamu bersikap kejam memberikan harapan pada seseorang itu lalu dia jatuh cinta sedangkan diri kamu tidak mencintainya.

Jangan sesekali kamu hadir dalam hidup seseorang kalau ia hanya kamu rasakan akan menghancurkan perasaanya.

Jangan sesekali kamu menatap tepat di matanya jika semua yang kamu lakukan hanya kepalsuan belaka.

Jangan sesekali kamu mengambil berat ke atas dirinya terlalu berlebihan hanya kerana sekadar simpati kelak bimbang dirinya menaruh hati padamu.

Jangan sesekali diri kamu mengatakan "aku cinta padamu" sedangkan di dalam hatimu hanya nafsu yang bertakhta.

Jangan sesekali kamu tertarik pada seseorang kerana paras rupanya, sebab keelokan paras dapat menyesatkan kita.

Jangan sesekali kamu tertarik pada kekayaannya, kerana segala kekayaan akan lenyap dan musnah.

Tertariklah pada seseorang yang beriman dan beramal soleh dan ia dapat membuatmu tersenyum. Hanya senyuman ikhlas hadir dari orang beriman yang dapat memberi hari-harimu yang gelap menjadi cerah.

Hati orang yang soleh itu mudah dan senang untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa takut akan azab Allah dan cinta kepada Allah...

Namun..

Hati orang yang berdosa itu susah dan payah untuk menerima cahaya dari Ilahi, kerana mereka sentiasa gembira dengan nikmat dunia dan lupa pada-NYA...


No comments:

Post a Comment

budakcumelcakapcakap