Tiada manusia
yang sempurna dalam dunia ni. Setiap manusia ada lebihnya, ada kurangnya.
Pasangan adalah saling melengkapi sesama sendiri. Kalau si lelaki lebih kat
sini, si perempuan ni lebih kat situ. Kita takkan dapat orang yang sempurna
yang takde kekurangan, sebab kita pun tak sempurna, kita pun banyak kekurangan.Mengapa
mengharapkan sesuatu yang sempurna andai diri kita pun tak sempurna. Mengapa mendambakan orang yang tak pernah buat salah andai diri
kita sendiri pun selalu buat salah. Tiada manusia yang suci dari dosa.
Terimalah kekurangan seseorang itu seadanya. Sekalipun kita
tinggalkan orang itu kerana kekurangannya, belum tentu kita akan dapat orang
lain yang tiada kekurangan. Terimalah orang yang terima kita seadanya.
Bila kita betul-betul ikhlas sayangkan seseorang, kita mesti dapat
terima baik buruk dia seadanya. Bila orang tu dah betul-betul ada dalam hati
kita, kita mesti rasa orang tu dah sempurna pada pandangan kita. Maksudnya, cukup sempurna pada hati kita, apa yang kita nak.
Tiada yang sempurna dalam dunia ni. Jangan cari yang sempurna, tapi terimalah yang tak
sempurna itu dan didiklah ianya biar menjadi sempurna…
"No one
is perfect" their 'only
can be the best'. Usahlah mengharapkan yang sempurna sebaliknya
jadi yang terbaik untuk peroleh yang lebih baik
Wanita sgt berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan
tidak mengenal pertengahannya. Hargailah wanita kerana wanita dicipta untuk
dilindungi dan bukan untuk disakiti.
Sebagaimana lelaki ingin dikasihi, begitu juga dengan
wanita. Ingin disygi dan dicintai. Biar sekeras mana seorg wanita, tinggi mana
ego mereka, mereka tetap akan rebah dlm pelukan seorg lelaki. Hargailah dia. Dan
jgn sesekali sakiti dia kerana wanita insan lemah yg hanya mahukan cinta dan ksih
syg. Wanita bukan seperti bola sepak yg boleh ditendang sesuka hati. Tapi mereka
bagaikan bola ragbi yg seharusnya direbut dan dilindungi.
Di matamu ku berharga
Kau perlakukan aku
Lebih dari mencintai dirimu
Di dekatmu ku merasa
Bahagianya aku
Dapat ruang cintamu
Hanya kamu saja
Yang mampu begitu
Tulus mengerti aku
Kau sempurna bagiku
Tak kurang sesuatu
Kau terima apa adaku
Ku sempurna bagimu
Tak kurang sesuatu
Cinta bersatu
Gayamu
Sifatmu
Cara mencintaiku
Yang membuatku diriku jatuh cinta padamu
p/s : “Lelaki
mengimpikan wanita yang sempurna dan wanita mengimpikan lelaki yang sempurna
dan mereka tidak tahu yang Allah telah menciptakan mereka untuk saling
menyempurnakan yang lain”.

No comments:
Post a Comment
budakcumelcakapcakap