Mempunyai satu sahabat sejati
lebih berharga dari seribu teman yang mementingkan diri sendiri.
Apa yang kita alami demi teman
kadang-kadang melelahkan dan menjengkelkan, tetapi itulah yang membuat
persahabatan mempunyai nilai yang indah.
Semua orang pasti mahukan sahabat
sejati, namun tidak semua orang berhasil mendapatkannya. Banyak pula orang
yang telah menikmati indahnya persahabatan, namun ada juga yang begitu hancur
kerana dikhianati sahabatnya.
Semestinya, bila bersahabat dengan manusia, maka akan
muncul lah kelemahan demi kelemahannya sebagai seorang manusia. Tahap keimanan
manusia adalah turun dan naik. Maka begitu jugalah sahabat kita. Turun dan
naik.
Ada masanya dia manis
dengan kita. Dan semestinya ada masa dia akan pahit dengan kita. Ada masanya
dia baik dengan kita, ada masanya dia mungkin akan kurang melayani kita.
Begitulah pasang surutnya.
Kerana itu, mengharap
kepada sahabat hakikatnya bukanlah satu perkara yang baik untuk diamalkan.
Tetapi kitalah yang perlu menjadi harapan sahabat kita. Melengkapinya.
Memenuhinya. Menjadi yang terbaik buatnya.
Sekiranya kita tidak
mempersiapkan diri untuk menerima kelemahan sahabat kita, untuk membantu
melengkapkan kekurangannya, sampai bila pun kita tidak akan mampu menjumpai
ukhuwwah yang manis, yang mampu membawa kita ke syurgaNya.
bermulanya di sini ...


kami berjumpa..berkenalan sesama sendiri. menyesuaikan diri bersama.berkongsi suka duka.ibarat satu family yang besar
kalian semua adalah sahabat yang paling best =)



No comments:
Post a Comment
budakcumelcakapcakap