hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Monday, 10 September 2012

pasrah menerima

betapa berat bibir melafazkan.. berat lagi hati yang menanggung kepedihan. begitu sukarnya untuk aku membuat keputusan itu.. aku terima dirinya satu ketika dulu seikhlas hati.. dan hari ini aku lepaskan dirinya juga dengan ikhlas. tidak ada apa yang lebih penting selain kejayaan, kebahagiaan, ketenangan dan kegembiraan dirinya.. aku tidak mahu jadi fitnah dunia untuk dirinya. aku tidak mahu jadi penghalang kebahagiaan hidupnya. aku juga tidak mahu jadi bebanan untuk fikirannya. sekian lama aku tidak merasa begini.. airmata mengalir seperti air sungai yang mengalir laju tanpa ada halangan.. aku harapkan semoga airmata ini menjadi sumber kekuatan untuk aku meneruskan perjalanan dan berjuang dalam mencari keredhaan.. aku tidak ingin airmata ini hanya menjadi penyebab mengundangnya rasa kepedihan, kepiluan, kekecewaan dan kedukaan walaupun pada hakikatnya itulah yang aku rasa.

kenapa dan mengapa semua ini terjadi..ianya berlaku dalam sekelip mata.. terjadinya tidak ku duga. datang dan muncul dalam diriku tapi hanya sementara. namun aku harus akur pada ketentuan illahi. aku percaya pasti ada hikmah si sebalik pertemuaan dan perpisahan ini. there are happen for a reason NHM..

Ya Allah Ya Rahman.. jadikanlah airmata yang mengalir di pipiku sebagai sumber kekuatan untuk aku teruskan kehidupan ini. Kau tabahkanlah hatinya. kukuhkanlah keimanannya. Kau tingkatkanlah ketaqwaanya. Kau rahmatilah dirinya serta redhailah kehidupannya. Kurniakanlah kepadanya kejayaan dan kesihatan yang baik dalam kehidupan. Kurniakanlah kegembiraan dan kebahagiaan yang berpanjangan kepada dirinya.

sungguh menyakitkan mencintai seseorang yang tidak mencintaimu, tetapi lebih menyakitkan adalah mencintai seseorang dan kamu tidak pernah memiliki keberanian untuk menyatakan cintamu kepdanya. Hal yang lebih menyedihkan dalam hidup adalah ketika kamu bertemu seseorang yang sangat beerti bagimu. Hanya untuk menemukan bahawa pada akhirmya menjadi tidak beerti dan kamu harus membiarkannya pergi. Cinta sejati adalah ketika die mencintai orang lain dan kamu masih mampu tersenyum, sambil berkata.. aku turut bahagia untukmu.kita masih boleh terus menyintai, meskipun ia tidak akan dibalas.

untuk kukuh dan kekal memberi cinta luhur, kita bukan sahaja perlu menyintai sesuatu itu pada pandangan mata, tetapi menyintai, mengkaji dan memahami asal usul, kebaikan, keburukan, malah menerima dia pada hari esoknya.

CINTA, istilah yang amat popular. ia mudah dilafazkan, dikatakan tetapi sukar dimengertikan. Tatkala melafaz istilah ini, ia mencetuskan pelbagai makna dan perasaan buat seseorang. CINTA boleh menjadi istilah yang paling disukai atau paling dibenci, bergantung kepada saat bahagia atau deritanya seseorang dengan cinta.

namun, andai kata kita sudah berusaha bersunguh-sungguh tetapi kesudahannya kita tetap dikecewakan. Bertabahlah wahai nurhaslin ! itulah namanya kehidupan. Dilukai dan melukai.Jika kita mencintai seseorang, kita akan sentiasa mendoakannya walaupun dia tidak berada disisi kita. Bercinta mmg mudah. untuk, dicintai juga memang mudah. tapi untuk dicintai oleh orang yang kita cintai itulah yang sukar diperoleh. memiliki org yang kita cintai juga mmg sukar.


p/s : kita merancang. Allah juga merancang. tapi sebaik baik perancang ialah Allah S.W.T.. pasti ada hikmah Allah S.W.T menemukan kita. walaupun untuk sekejap, aku belajar banyak darimu. gelak ketawa, bersukaria,bergurau senda.

4 comments:

  1. pasrah itu menyerah,redha itu ikhlas :)

    ReplyDelete
  2. apabila kita ikhlas .. insya-allah pasti akan kebaikan selepas itu =)

    ReplyDelete
  3. kita mrancang..Allah juga merancang..

    tapi yakinlah..
    SEBAIK-BAIK PERANCANG IALAH ALLAH S.W.T :)

    ReplyDelete

budakcumelcakapcakap