hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Tuesday 11 September 2012

ikhlaskan hatimu


IKHLAS mmg sgt mudah utk diucapkan tapi sgt sukar utk dilalui. kerana itu, ia memerlukan satu proses yg panjang sehingga dpt membimbing kita pd sebuah keikhlasan. ketika cinta terhalang dgn restu org tua, ketidakmampuan dan ketika harus menerima kenyataan org yg disygi bkawen dgn org lain. ketika rancangan hanya tinggal sebuah rancangan yg tidak akan wujud, maka adlah tidak mudah utk menerima kenyataan itu, bahkan mungkin sgt sukar utk kita menerimanya. hari demi hari dilalui dgn airmata dan kesedihan. di kesunyian dan keheningan malam, kte menangis di hadapanNya bukan utk menyesali apa yg tjadi, tetapi menyesal knp kte belum dpt menjadi hambaNya yg iklas menerima kenyataan ini.

Tetapi itulah hidup. Adakalanya kita harus mengalami sesuatu yg pahit. apa-apa pun yg terjadi itulah yg terbaik buat kita meskipun kita sedih, kecewa dan merasa tidak adil.


kita hanya berusaha utk redha dgn semua ketentuan yg telah digariskan oleh ALLAH S.W.T. menerima apa-apa pun yg terjadi bukan beerti tidak berusaha utk meraih sesuatu yg lebih baik, tetapi berusaha utk ikhlas dan menyerahkan semua ini kepadaNya. ini akan menenangkan hati yg gelisah. kerana disebalik kejadian ini pasti ada hikmahnya dan Insya-Allah ia akn membimbing kita utk mjadi seseorg yg kuat, sabar dan ikhlas dlm mjalani hidup. ketika kita ikhlas dan bersyukur dgn semua yg diberikan, Allah akan memberikan ketenangan yg luar biasa pd hati kita. sesungguhnya sesudah kesulitan pasti ada kemudahan dan Dia akan memberikan jalan yang terbaik. yakinlah bahawa semuanya yg dtg dri Nya , itu lebih baik..

selalulah berprasangka baik kpdNya dan bersyukur Allah masih memberi ujian kpd kita. itu beerti kita termasuk dari kalangan org org yg masih diperhatikan olehNya. Allah selalu memberikan sesuatu yg kita perluakn bukan sesuatu yg kita inginkan. oleh itu, DIA lebih tahu mana yg terbaik buat hambaNya.

IKHLAS , sabar dan bersyukur adalah 3 kunci kehidupan . tidak mudah tetapi sgt sukar. tetapi tiada yang tidak mungkin jika kita mahu berusaha dan mencuba utk mjalaninya dlm kehidupan kita.


p/s : terima kasih Ya Allah untuk kasih sayang, kekuatan dan semua yg sudah Engkau berikan kepada kami. berikan petunjuk dan bimbinganMu kpd kami seperti yg telah Engkau berikan kpd hamba hambaMu yg Engaku sayangi.



No comments:

Post a Comment

budakcumelcakapcakap