hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Thursday 20 September 2012

pengorbanan =)



Pengorbanan selalunya memerlukan kte melepaskan apa yg kte suke. itulah yg dikatakan berkorban memberi sesuatu yg kte sygi demi kepentingan atau kebahagiaan org lain yg hakikatnya lebih memerlukan drpd kte. tidak dinafikan ada juga yg takut melakukan pengorbanan kerana takot apa yg menanti di depan tidak seperti yg diharapkan. satu perlu kte ingat, niat yg suci dgn kesungguhan tidak bebelah bagi, selalunya hasilnya tidak akan menghampakan. tetapi jika apa yg kte hajatkan tidak kesampaian, berfikir secara positif dan hati yg terbuka, bahawa perkara yg kte inginkan itu sebenarnya bukan yg terbaik utk kte. justeru percayalah, pengorbanan selalunya akan menghasilkan perkara yg lebih baik yg kte tak pernah sangka tak pernah terduga. oleh itu, jgn takot hilang sesuatu yg kte suka khususnya demi mencapai keredhaan Allah kerana hasilnya insya-Allah berbaloi baloi. mungkin ada yg hatinya masih bebelah bagi utk melakukan pengoranan tidak kira dlm apa jua perkara. mungkin pada pandangan mata kte akan rasa rugi tetapi manfaat jiwa serta rohani, hanya kte saja yg akan merasainya..tapi percayalah setiap dri kte mempunyai bahagian masing masing yg telah Allah tetapkan utk setiap hambaNya. cuma masa yg menetapkan ia lambat mahupon cepat.


Untuk itu, saat aku bermuram durja, saat aku berduka dalam memikirkan impian aku yang tidak terlaksana, aku selalu menganggap, Tuhan mahu memberikan yang terbaik kepada aku pabila aku tidak dapat memiliki sesuatu yang aku inginkan itu.

p/s : kadang-kadang kita tak sedar, saat kita melepaskan / redha dengan keadaan tidak memiliki sesuatu atau seseorang, kemudiannya Tuhan berikan pula kepada kita sesuatu / seseorang yang jauh lebih baik daripada apa yang kita idamkan sebelum ini. Aku perlu sedar, ada orang yang ingin berikan aku yang terbaik. tapi aku perlu bersabar untuk mendapat yang terbaik itu. Ya, kuncinya kejayaan kita pada hari ini adalah terus bersabar. Mari kawan-kawan, terus bersabar dan kuatkan iman kita. Insyaallah, pasti ada jalannya.
 

1 comment:

  1. Lynn...Lumrah kehidupan pasti ada pengorbanan...ia sukar dilakukan jika tiada hati yang tabah..namum ingat ..ia pasti peroleh kebaikan...sinar pasti menerangimu lynn...

    ReplyDelete

budakcumelcakapcakap