hey !hey ! hey ! welcome to my sukaduka diary ....

Sunday 23 September 2012

zaman dulu kala


Insya-Allah 30 oktober 2012 saya bakal bergelar graduan Islamic Banking and Finance. Setelah hampir 3 tahun akhirnya saya bakal mengenggam segulung diploma. Banyak halangan dugaan rintangan saya tempuh selama ini. Pengalaman mendewasakan kita kan. Susah senang untuk menghadapi semua nie sy kongsi dengan rakan rakan yang lain. Kami adalah batch kedua untuk kos Islamic Banking and Finance di KPM Bandar Melaka. Batch  kami sentiasa mendapat ujian yang tersangat lah berat walaupun dalam akademik mahupon kokurikulum. Kami intake Jan-Jun 2010 sudah seperti satu keluarga yg besar. Dengan diketuai ketua keluarga yang cukup berpengalaman iaitu “ Abg Bulat “ Shahrul Effenfi. Abg shahrul selaku ketua kami, banyak memberi kami galakan mahupun dorongan dlm pelajaran mahupon kehidupan sebenar. Pengalaman sepanjang belajar untuk mendapatkan diploma Islamic Banking and Finance sangat sangat tidak akan dilupakan.  Rindu dengan zaman study. Rindu time kelam kabut nak test nak quiz nak kena submit assigment on date nak kena presentation nak kena buat research. Dengan aktiviti lain lagi. Kokurikulum lagi.
Islamic Banking and Finance bukan lah satu kos yang senang. Sangat sangat susah. Tapi rasenya semua susah. Takde ape yang senang kot dalam dunia nie. Kita sebagai khalifah memang wajib tuntut ilmu sehabis boleh. Praktikkan ilmu itu. Gunakan untuk kehidupan sebenar. Kan ??
Islamic Banking and Finance macam macam cabaran halangan kita belajar kita kena tempuh. Demi ilmu yang ingin dicari, yang ingin dipelajari difahami.

Semester  1
Ø  Microeconomics
Ø  Business mathematics
Ø  Amal islami
Ø  Information techonology  fundamentals
Ø  Financial accounting 1
Ø  Fundamental business english

Semester 2
Ø  Financial accounting 2
Ø  Principles of management
Ø  Statistics
Ø  Practical business english
Ø  Penghayatan islam
Ø  Macroeconomics

Semester 3

Ø  Islamic economics
Ø  Fiqh muamalat 1
Ø  Commercial law
Ø  Public presentation skills
Ø  Mandarin1
Ø  Pengajian islam

Semester 4
Ø  Fiqh muamalat 2
Ø  Financial management
Ø  Islamic banking product and services
Ø  Meeting and interview skills
Ø  Mandarin 2
Ø  Pengajian malaysia

Semester 5
Ø  Accounting for islamic finance
Ø  Entrepreneurship
Ø  Islamic financial system and capital market
Ø  Introduction to takaful
Ø  Islamic wealth management
Ø  Bank operation and practices ( bank management and marketing )

Semester 6
Ø  Industrial training ( 3 months )
Ø  Bahasa kebangsaan

Akhirnya saya berjaya menempuh keenam enam semester ini. Alhamdulillah. Banyak yang saya belajar. Dan banyak yang berkaitan dengan kehidupan. Dengan pensyarah yang sangat baik, banyak pengalaman , ex-banker, ex-lawyer. Bukan calang calang orang. Dan saya rasa sangat bertuah dapat menuntut ilmu dari orang yang sangat berpengalam. Pensyarah banyak berkongsi tentang kehidupan sebenar. Keadaan di luar sana. Keadaan dalam alam bank. Memerlukan kekuatan fizikan dan mental yang sangat kuat. Banyak yang saya belajar.

ü  Sukuk
ü  Faraidh
ü  Zakat
ü  Ekonomi negara
ü  Turun naik saham
ü  Dunia sebenar saham
ü  Kontrak2 Islam dalam urusan jual beli
ü  Undang undang
ü  Kena ingat semua akta akta
ü  Kena hafal semua kes
ü  Kena hafal nama contract2
ü  Belajar mandarin
ü  Belajar han yu ping yin
ü  Belajar bercakap membaca menulis menyanyi dalam mandarin
ü  Belajar bahasa arab walaupon sikit
ü  Kena keluar masuk bank
ü  Urusan dengan orang  bank
ü  Interview sana sini
ü  Questionaire sana sini
ü  Presentation memanjang
ü  Belajar sendiri
ü  Terangkan dekat semua orang
ü  Hafal  500 words in bi. Sampaikan depan semua orang. Cari artikel. Buat essay. Taksesuai kena reject. Buat balik . sampai pensyarah puas hati
ü  Belajar kira rumah, penalty lambat byr keta
ü  Musyarakah, mudharabah. Bay bithaman ajil, al thumma al bay’, sukuk ijarah, sukuk mudharabah, sukuk musyarakah
ü  Kena pandai bezakan bond, sukuk, share
ü  Kena kaji saham saham dunia
ü  Bezakan saham conventional dengan islamic
ü  Kena pandai baca saham
ü  Kena pandai kira income, loss, profit
ü  Kira zakat yang berjuta juta
ü  Kena hadap nombor nombor yang belambak lambak 0000000000
ü  Kena hafal sejarah balik
ü  Kena buat dialog mandarin, kena hafal, kena bercakap depan class
ü  Main game dlm class mandarin. Kalah kena denda menyanyi lagu mandarin depan class. Tapi group saya takpernah kalah . huhuhuu
ü  Kena belajar REITs, underlying asset
ü  Kena hafal formula
ü  Kena buat forecast
ü  Kena kaji annual report satu satu company. Kena buat forecast berdasarkan anual report. Kena comparekan . kena buat decision whether the company pass or not to make an a loan
ü  Kena hafal Act Islamic Banking, Takaful
ü  Kena hafal takaful operator, re-takaful operator
ü  Kena bezakan imam syafie, hambali, majority punye fahaman
ü  Kena hadap JPAM
ü  Kena maki marah. One for all. All for one !
ü  Kena buat proposal satu satu company yg baru nak bukak business
ü  Buat sampai 4 kali draft. Salah betolkan salah betolkan. Paling tension!
ü  Kena present depan judges. Konon konon banker yang nak bagi loan. Kena buat betol betol sebab nak approvekan loan. Kena present pasal satu islamic product. Mengambil masa 1 jam. Bersedia kena hentam kaww kaww punya. Soalan yang sangat sangat susah
ü  Kena buat statistics ! saya taksuke nombor !

Semua nie saya lalui. Pada awalnya saya tidak ada langsung keyakinan diri. Takot, sedih, risau, nangis. Semua ada. Tapi dengan adanya kawan kawan yang banyak membantu. Allah mendengar doa doa saya. Sokongan dari keluarga tersayang. Alhamdulillah saya dapat menjalani semua nie. Buktinya! Saya sudah berjaya menamatkan zaman Diploma saya mengikut masanya. =)

Semua ini akan saya ingat. Kenangan dengan kawan kawan. Susah senang bersama. Kena marah sama sama. Ade masalah sama sama. Hadapinya bersama. Saya takpernah merungut selama saya belajar. Selama saya menghadapi kesusahan. Sbb saya percaya. Dengan ilmu inilah saya akan menjadi seseorang di masa hadapan.

From nothing to someting and will be somebody in future.
~insya-Allah =)

konon konon fokus dlm class Islamic Wealth Management. walhal dlm class nie lah selalu banyak main. walaupon duduk depan. kepala otak ke lain.







nie lah class kteorg. kalau time nyanyi. selalu jiran jiran marah. sebab selalu menyanyi lagu birthday jew. hari hari birthday . dahlah nyanyi kuat kuat . saja je kan sabotajj org sebelah yg cemburu. huhuhuhu




zhu ni shengri loashi










nielah ketas quiz test mandarin. yang memeningkan


nie latihan menulis katanya








nie kawan kawan saya. satu rumah


carnelian group =) ada lagi yang lain. tp yang lain entah ke mana. yang nie jela sempat berkumpul nye



sokong abg bulat . chaiyokk. financial planner. investor palnner



 islamic banking product and service programme



ceramah motivasi. kem motivasi. kami semua yang konon konon bermotivasi






6 comments:

  1. salam akak, saya dapat dip in entrepreneurship kat KPM ni. Pastu tengah cari senior yang amik course yang sama sebab nak tanya pengalaman belajar dia. Haha tak jumpa :/

    ReplyDelete
  2. skg sy f6 and dpt tawaran kpm.. and sy patut pegi ke x?

    ReplyDelete
  3. sye dapat kpm bandar melaka.. diploma islamic banking.. mcm mana nak sesuaikan diri?

    ReplyDelete
  4. Saya pun dpt islamic banking and finance untuk intake julai . 1.7.2014 kena daftar . Bila baca blog akak ni , macam risau pun ada . Saya dpt kat kpm bandar melaka .

    ReplyDelete
  5. as salam, sya nk tnya...etika pakaian nk pergi classs harus berbaju kurung shj ke???

    ReplyDelete

budakcumelcakapcakap